EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Keguguran, Zarina Anjoulie Buang Filler Di Payudara Rancang Hamil Lagi

0 month ago, 19-Nov-2020

Menerusi sepotong rakaman video yang dimuat naik di Instagram, pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui mengalami keguguran baru-baru ini. Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkongsi tentang kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan filler secara tidak langsung memberitahu tentang kandungannya.

Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi keguguran. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu.

Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi, katanya tenang.

Anju kelihatan sangat tenang dan menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka. Video tersebut juga telah menarik minat netizen apabila Anju menceritakan pengalamannya yang dilalui selepas menyuntik filler di bahagian payudaranya dan meminta netizen untuk menerima dengan terbuka dan tidak menghukumnya perbuatannya yang lepas.

Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

Now Anju tengah refer dengan to fix my problem dengan Doctor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan referkan Anju kat pakar.

Anju memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula filler di bahagian payudaranya selepas berasa sakit pada bahagian tersebut.

Menerusi video berdurasi hampir lima minit itu, Anju berkata dia mengalami kehamilan beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak (proses normal wanita hamil) dan sakit. Situasi tersebut membuatkan dia mula terfikir akan kesan sampingan filler sekiranya hamil lagi pada masa akan datang.

Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan filler di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti, katanya.

Dalam pada itu Anju memohon kepada netizen agar tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan filler adalah kemahuan dirinya dan tidak menyalah anggap dengan perkongsian video tersebut.

Baca juga artikel menarik lain:
: Instagram Zarina Anjoulie

Keguguran, Zarina Anjoulie Buang Filler Di Payudara Rancang Hamil Lagi first appeared on Kool FM.



SUMBER : koolfm.com.my



Live Website Traffic


loading...