EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Keguguran, Anju Kongsi Bahaya Serta Kesan Sampingan Suntikan Filler Di Payudara

0 month ago, 19-Nov-2020

Menerusi perkongsian Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju, beliau ada memuat naikdi Instagramnya bahawa beliau telah hamil beberapa bulan lalu namun mengalami keguguran baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, beliau tetap kelihatan tenang menerima ujian tersebut dan turut berkongsikan mengenai bahaya serta kesan sampingan melakukan suntikan filler di payudara.

Sekadar kesedaran

Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur. Bukan nak cerita kesian kat video ini cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi.

Dalam masa yang sama, Anju memberitahu bahawa dia berkongsikan pengalaman yang dilalui selepas menyuntik filler di bahagian payudaranya, adalah untuk memberi kesedaran sahaja dan mohon tiada yang salah anggap.

Anju share apa yang anju lalui sekarang ni yePlease dont judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini. Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat filler dulu ya

Payudara terasa sakit

Menurut Anju lagi, ketika hamil beberapa bulan lalu, payudaranya membengkak dan sakit. Perkara itu membuatkan dia terfikir akan kesan sampingan filler jika hamil lagi dan akan berjumpa dengan doktor pakar untuk mengeluarkan filler tersebut.

Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan filler di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti.

Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

Keguguran, Anju Kongsi Bahaya Serta Kesan Sampingan Suntikan Filler Di Payudara Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...