www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Keenakan Bufet Ramadhan Yang Mampu Buat Kamu Mengimbau Kenangan Silam

0 month ago, 17-May-2019


Kembalinya EQ dan Nipah Restaurant ke dalam hospitaliti Malaysia mengembalikan kenangan indah zaman dahulu dengan hidangan klasik yang lazat.

Cosmo rasa, tak lengkap Ramadhan kamu jika tak cuba bufet di sekitar kota metropolitan. Cosmo berkesempatan mencuba juadah bufet di EQ, Kuala Lumpur. Haih, boleh telan air liur bila teringat kembali betapa enaknya hidangan berbuka puasa di Nipah, EQ.

Lebih 100 hidangan dihidangkan jika kamu memilih Nipah sebagai spot berbuka puasa. Menunya berkonsep makanan kampung, Hotel EQ turut menampilkan menu paling laris iaitu biryani gam Johor, kambing golek, sate dan mee kari. Anggaran menu yang disediakan sepanjang Ramadan adalah antara 80 hingga 120 dan ia bertukar mengikut jadual yang ditetapkan.

Bukan itu saja, Cosmo jatuh cinta dengan minuman kopi tarik memang kaw rasanya. Dengar kata, biji kopi yang digunakan di Nipah dibawa khas dari Perak. Bukan mudah untuk mendapatkan biji kopi asli yang sedap.

Antara menu yang Cosmo suka adalah masak lemak cili api daging salai. Tak dinafikan kami telah mencuba banyak menu masak lemak cili api daging salai di beberapa spot, tapi rasanya salai yang dihasilkan belum cukup umphhh Berbeza di Nipah, rasa salai pada kuah buat kamu nak ambil hidangan ini berkali-kali.

Jangan lupa tinggalkan ruang dalam perut kamu untuk pencuci mulut. Rasa macam dalam syurga dessert bila kamu lihat variasi kek, kuih melayu, bubur, ABC dan banyak lagi. Ohhh, masih terbayang-bayang keenakan kuih onde-onde Di Nipah!

Kamu boleh berkunjung ke sini setiap hari dari 6 Mei hingga 2 Jun 2019, 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga berpatutan: SeleraWarisan RM178 nett untuk bufet makan malam di Restoran Nipah dan SajianKasih RM188nett untuk makan malam eksklusif di bilik fungsi baru EQ untuk 50 orang dan ke atas.

Diskaun khas boleh dipertimbangkan untuk tempahan yang dibuat pada minggu pertama dan terakhir Ramadan. Kanak-kanak berusia 6 hingga 12 makan pada 50%. Wah!




SUMBER : cosmopolitan.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts