EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Fasa Keempat PICK Beri Tumpuan Vaksinasi Kepada Sektor Ekonomi Kritikal

0 month ago, 10-Jun-2021

Sektor ekonomi berkepentingan dan kritikal kini akan diberi tumpuan berhubung agihan vaksinasi pada fasa keempat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut Khairy Jamaluddin Menteri Penyelarasa, fasa tambahan ini akan mula dilaksanakan pada 16 Jun bermula di Pengerang, Johor.

Keperluan penetapan fasa ini dilihat penting untuk sektor ekonomi kritikal yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Setakat ini, Jawatankuasa Bertinfak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang bekerjasama dengan:

  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Kementerian Kerja Raya
  • Kementerian Pengangkutan
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Selain itu, turut terdapat penglibatan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan fasa empat bagi sektor-sektor ekonomi yang terkesan dan masih beroperasi sewaktu PKP.

Untuk makluman, berhubung pengendalian suntikan vaksinasi sektor industri ini pihak MOSTI akan berkerjasama dengan ProtectHealth Corporation, iaitu anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...