EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KedahCare: Portal Permohonan Bantuan Terjejas COVID-19

1 month ago, 25-Aug-2021

Orang ramai di Negeri Kedah yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh membuat permohonan bantuan menerusi portal KedahCare.

Untuk makluman, KedahCare merupakan inisiatif kerajaan Negeri Kedah untuk memudahkan penyaluran bantuan kepada rakyat Kedah yang terkesan semasa pandemik Covid-19.

Portal ini juga melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Zakat dan NGO bagi tujuan penyaluran bantuan.

Oleh itu, orang ramai di Negeri Kedah yang terjejas akibat COVID-19 boleh memohon bantuan melalui portal KedahCare ini.

Mengenai KedahCare

KedahCare merupakan portal yang dibangunkan bagi mendapatkan data rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 dan penyaluran bantuan dapat dibuat dengan segera.

Selain itu, portal ini juga berperanan untuk mengumpulkan maklumat NGO/perseorangan bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan supaya kerajaan negeri boleh menguruskan program bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Semua maklumat dan bantuan yang diterima akan disalurkan oleh PKOB kepada orang ramai yang memohon di setiap daerah.

Bank Makanan

Di samping itu, portal ini juga memudahkan orang ramai yang ingin mendapatkan makanan di Bank Makanan yang diwujudkan di negeri Kedah.

Orang ramai boleh merujuk portal ini untuk melihat lokasi Bank Makanan yang terdekat untuk mereka mendapatkan makanan sekiranya mereka memerlukan.

Lokasi Bank Makanan yang disenaraikan adalah melibatkan setiap daerah di Negeri Kedah, agensi kerajaan, dan Petronas yang terlibat.

Cara Memohon/Memberikan Bantuan

Bagi orang ramai yang ingin memohon bantuan atau ingin memberikan bantuan melalui portal KedahCare, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://kedahcare.kedah.gov.my/.
  2. Klik di paparan sama ada ingin memohon atau memberikan bantuan.
  3. Jika ingin memohon bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Mohon Bantuan’ atau jika ingin memberikan bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Beri Bantuan.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan.
  6. Setelah berjaya masuk, isi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai portal KedahCare, sila hantar email ke [email protected]

KedahCare: Portal Permohonan Bantuan Terjejas COVID-19 SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...