EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kecoh Remaja Pandu Kereta Mirip Cik B, Akhirnya Datuk Seri Vida Buka Mulut

0 month ago, 11-Sep-2020

Usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Vida tampil memberi perjelasan mengenai video yang sedang tular ketika ini.

Menurut Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV, video berkenaan adalah video lama ketika dia menghadiahkan anak perempuannya Cik B sebuah kereta jenama Mercedes Benz.

Itu video lama sekitar tahun 2017 atau 2018. Cik B dapat hadiah kereta pada hari jadi dia, katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya mengenai laporan polis yang dibuat susulan tindakan remaja tersebut memandu tanpa lesen, DSV menjelaskan dia tidak tahu mengenai hal tersebut.

Jadi kes polis ke? Saya tak tahu.Itu video lama jadi saya harap orang tak sebarkan infomasi yang tidak betul, katanya.

Terdahulu, video berdurasi 33 saat itu kecoh di media sosial dan dipercayai dirakam di kawasan Meru Hills, Ipoh Perak.

Menerusi wajah remaja berkenaan, ada yang mendakwa individu berkenaan mirip Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

Sementara itu, menerusi laporan Mstar, Polis kini sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan di dalam video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

TERIMA KASIH kepada siapa yang selalu KECAM @cikb_havoc66 ???? . Tengok CIK B sekarang! Kan saya dah cakap bagi masa untuk CIK B pakai produk saya. Produk BERKESAN dia je TAKNAK PAKAI.???? . Tiap malam saya paksa PAKAI CLOROC SKINCARE untuk rawat jerawat, parut & puteh . Taknak cakap banyak. nak kulit SIHAT& PUTEH CUBALAH . SAYA BAGI EXTRA FREEGIFT UNTUK 30 ORANG YG AWAL SAHAJA. CEPAT WHATSAPP ???????? . ???? +6018 238 5808 ????ATAU TEKAN LINK DI PROFILE SAYA #skincare #acne #vitamincserum

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti. [ ]

Kecoh Remaja Pandu Kereta Mirip Cik B, Akhirnya Datuk Seri Vida Buka Mulut Roti Susu.


SUMBER : rotisusu.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...