EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dari kecik bapa didik baca al-Quran, budak tingkatan 1 dah hafal 27 juzuk

0 month ago, 13-Jan-2020

Ibu bapa merupakan tonggak utama kepada anak-anak kerana mereka memainkan peranan penting dalam faktor pendidikan, didikan agama dan pembentukan sahsiah.

Tidak terkecuali dengan sebuah keluarga dimana anak-anak mereka mendapat didikan dengan sempurna sehingga mampu menghafal 27 juzuk sejak dari kecil lagi.

Menurut seorang warga Facebook yang bernama Syukri Wafi, beliau sebagai guru berasa kagum dengan bapa yang menghantar anaknya berusia 13 tahun ke sekolah kerana berjaya mendidik remaja tersebut sehingga menghafal 27 juzuk al-Quran sejak kecil lagi.

Menurut Syukri, pelajar yang dikenali sebagai Idham diberikan pendedahan untuk menghafal al-Quran sejak dia berusia dari tujuh tahun dan dia yang merupakan anak keempat, memiliki kakak-kakak yang juga turut hebat dalam menghafal al-Quran

Menurut bapa Idham, terdapat dua perkara yang sentiasa diamalkan olehnya dari dahulu hingga sekarang iaitu sering berdoa supaya memiliki anak-anak yang soleh dan keringkan hati dengan cuba tidak memanjakan mereka secara berlebihan.

Ternyata posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan bapa kepada pelajar terbabit disamping memuji akhlak Idham.

: Syukri Wafi


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...