www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Saya Kecewa TMJ

0 month ago, 15-Mar-2019


1.4k

SHARES

KEPUTUSAN sukar terpaksa diambil Liga Bola Malaysia (MFL) sebelum akhirnya memutuskan untuk menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM).

Difahamkan TM sebelum ini menandatangani kontrak bernilai RM480 juta untuk tempoh selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.

Namun kontrak bersama itu tidak berjalan lancar dan pihak TM tanpa sebarang makluman memaksa MFL membuat keputusan tersebut demi bola sepak negara.

Justeru menerusi perbincangan bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL yang diadakan di Johor Bahru, Jumaat membuat keputusan untuk merujuk perkara ini kepada peguam, Faisal Moideen bagi tindakan sewajarnya.

Pengerusi MFL, Tunku Muda Johor Tunku Ismail Ismail Sultan Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak yang berminat untuk menjadi penaja baru Liga Malaysia.

Saya telah arahkan CEO MFL untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak-pihak yang berminat dengan segera.

Sebelum ini kita mendapat pertanyaan secara tak rasmi apabila ada pihak mendengar khabar angin bahawa TM tidak mahu meneruskan tajaan Liga Malaysia namun kita sentiasa menghormati kontrak bersama TM.

Seperti kita pernah umumkan dahulu, kita sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada TM dan mahu memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Selain itu MFL sudah banyak kali berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan pihak TM tetapi langkah itu menemui jalan buntu. Jadi MFL tidak boleh terus menunggu kerana kita ada tanggungjawab untuk menguruskan Liga Malaysia.

Sejujurnya saya kecewa dengan tindakan TM dan kita dapat melihat bahawa ada perubahan drastik dalam dalam urusan kontrak bersama MFL bermula Mei tahun lepas.

Saya sendiri tak menjangka TM akan lakukan perkara ini kepada bola sepak Malaysia yang sudah menjadi seakan nadi seharian puluhan juta rakyat Malaysia.

Kami tahu mungkin kerajaan atau TM mempunyai keutamaan lain tapi mereka tidak boleh membiarkan sukan nombor satu negara yang menyatukan negara menderita kerana tindakan ini. Inilah yang akan berlaku apabila sukan dipolitikkan.

Namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk terus maju tanpa mereka kerana bolasepak ini adalah milik rakyat. Kita masih ada penaja dan pelabur pihak lain yang bersama kami dan ada penaja baru yang akan muncul. Itu sudah pasti, jelasnya dalam kenyataan yang dibaca Kevin pada sidang media, Jumaat.

Dalam masa sama, Tunku Ismail meminta semua pihak khususnya pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 24 pasukan Liga Malaysia tidak bimbang di sebalik penamatan kontrak penajaan TM tersebut.

MFL sentiasa mengorak langkah untuk menjaga kepentingan pasukan dengan mencari jalan mengukuhkan kewangan pasukan bertanding dalam Liga Malaysia.

Ini kerana bola sepak bukan sahaja dinilai daripada aspek komersial tetapi sukan nombor satu negara ini adalah medium penyatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Jadi ia menjadi tanggungjawab bersama untuk memajukan sukan bola sepak, tambahnya.

Keputusan tersebut dibuat ahli lembaga pengarah menerusi persidangan video bersama Tunku Ismail yang tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.

: Mstar

Post Views: 46

1.4k

SHARES



SUMBER : 90minit.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts