EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kecewa Tak Dapat Kereta Jaguar, Lelaki Buang BMW Dalam Sungai

0 month ago, 14-Aug-2019

Hanya kerana tidak dapat kereta idaman sempena ulang tahun kelahirannya, seorang lelaki bertindak membuang kereta BMW M3 hadiah yang diterimanya ke dalam sungai.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Akash dari Haryana, India berkata dia tidak berpuas hati kerana ibu bapanya tidak menghadiahkan kereta Jaguar.

BACA: Prototaip Kereta Terbang Dijangka Siap Oktober Ini

Bengang apabila pemintaannya tidak ditunaikan, lelaki berusia 22 tahun itu menolak kereta tersebut jatuh ke dalam sungai.

Kos untuk sebuah kereta BMW di India kira-kira 3.5 juta Rupee (RM206,167) manakala Jaguar adalah lebih mahal dan mencecah 5 juta Rupee (RM294,521).

Sebuah rakaman video turut tular mamaparkan kereta tersebut terapung di dalam sungai sebelum ia tersangkut pada tebing rumput.

Difahamkan, lelaki tersebut kemudian turut berenang dan cuba menyelamatkan kereta tersebut dengan bantuan orang ramai. Video tersebut tular dan rata-rata netizen mengecam tindakannya yang tidak tahu bersyukur.

Macam-macam ragam orang zaman sekarang sampai sanggup buang kereta hanya kerana perminataannya tidak dipenuhi.

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com