www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Awie Kecewa Wang Bonus Untuk Filem Hantu Kak Limah Ciput

0 month ago, 08-Nov-2018


Umum mengetahui filem Hantu Kak Limah mendapat sambutan yang luar biasa sehingga berjaya mendapat kutipan yang tinggi sebanyak RM 38 juta.

Walaubagaimanapun, Datuk Awie hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila pihak penerbit tidak memberikan wang bonus setimpal dengan usaha serta tenaga yang disumbangkan oleh para pelakon serta kru belakang tabir. Ia tidak berbaloi dengan jumlah kutipan yang diraih oleh filem box office itu.

Saya terkilan jumlah wang bonus yang diterima. Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini. Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab membuka mulut bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya. Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja. Inikan pula pelakon dan kru produksi lain.

Awie menjelaskan beliau tidak menolak untuk berlakon di bawah arahan Mamat Khalid untuk filem sekuel Hantu Kak Limah tetapi dengan syarat ia tidak diterbitkan oleh syarikat produksi yang sama.

Berita : BH ONLINE



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts