EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dua Kecederaan ACL Dalam Tempoh 8 Bulan, Masihkah Ada Sinar Buat Zaniolo?

0 month ago, 14-Sep-2020

Kelab Serie A, AS Roma telah pun mengesahkan pemain tengahnya, Nicolo Zaniolo mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) buat kali kedua dalam tempoh kurang dari setahun.

Pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan selepas berlanggar dengan Donny van de Beek ketika Itali menang 1-0 ke atas Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di Amsterdam tempoh hari.

Beliau sebenarnya baru sahaja pulih daripada pembedahan untuk kecederaan sama pada Januari dan sempat beraksi dalam lapan perlawanan Serie A pada penghujung musim lepas.

Roma confirmed Nicolo Zaniolo injured his left knee during Italy's game vs. Netherlands and will undergo tests on Tuesday.

The 21-year-old had only just returned from his ACL injury in July. Get well soon ???? pic.twitter.com/u1TCaZ1sC6

B/R Football (@brfootball) September 7, 2020

Pegawai perubatan kem Itali telah pun memaklukan Zaniolo mengalami kecederan serius pada lutut kirinya dan imbasan MRI mengesahkan terdapat koyakan pada ACL. Kecederaan yang dialaminya sebelum ini pula berlaku pada lutut sebelah kanan.

Saya mahu berterima kasih kepada mereka yang bertanya keadaan saya terutamanya buat penyokong Roma. Saya akan kembali secepat mungkin! ujar Zaniolo dalam satu hantaran dalam akaun media sosialnya.

Bekas jurulatih Roma, Fabio Capello juga pernah memuji Zaniolo dan percaya pemain muda tersebut berupaya untuk memenangi anugerah Ballon dOr di masa hadapan.

Former #ASRoma coach Fabio Capello believes Nicol Zaniolo has similarities to #ACMilan legend Dejan Savicevic. "That's where his talent lies." https://t.co/go0iujZWxl #SerieA pic.twitter.com/gr2K3J3JoY

footballitalia (@footballitalia) November 20, 2019

Pemain berbakat Roma itu mempunyai fizikal yang luar biasa, tenaga dan kepantasan yang dicampur dengan kualiti. Dia bukan sahaja berpotensi untuk memenangi Kasut Emas pada masa hadapan, tetapi lebih daripada itu, ujar jurulatih berusia 74 tahun itu.

Kaka tidak mempunyai keupayaan yang sama dengannya kerana Zaniolo mempunyai kemahiran teknikal yang lebih baik terutamanya apabila beraksi di bahagian serangan.

Saya sukakan Zaniolo, kerana dia mempunyai segala yang diperlukan untuk seorang pemain berkelas dunia, tenaga, kualiti dan kelajuan. Mungkin ada beberapa pemain yang berpotensi di luar sana, tetapi tak sama sepertinya.

Nicolo Zaniolo: Trequartista Itali Jelmaan Totti https://t.co/3hR3Hbzvu0 pic.twitter.com/jQqyz9pJHM

Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 13, 2020

Penangguhan EURO 2020 ke tahun depan mungkin satu rahmat buat Zaniolo yang mahukan kejohanan besar pertama dalam kariernya. Beliau mempunyai kira-kira 8 hingga 9 bulan untuk kembali.

Namun bola sepak Itali tentunya agak kerugian kerana kehilangan sentuhan seorang pemain muda berbakat buat kali kedua dalam tempoh hanya beberapa bulan sahaja.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...