EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Gol masa kecederaan ceriakan PDRM

0 month ago, 13-Jul-2019

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mencerahkan peluang ke saingan Liga Super musim hadapan selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-2 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus meleburkan hasrat skuad Hoben Jang Hoben untuk mengukuhkan kedudukan ke Liga Super musim depan bersama Sabah.

Bermain di laman sendiri, Negeri Sembilan tidak melepaskan peluang apabila menjaringkan gol pertama m-30 hasil kesilapan pemain import Uche Agba yang terkuis bola ke gawang sendiri selepas sepakan percuma dari jarak kira-kira 30 meter penjuru kiri gol oleh Dzulfahmi Abdul Hadi.

Kegembiraan penyokong pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila Uche menebus kesilapannya dengan menanduk cantik hantaran R Gopinathan selang empat minit kemudian menjadikan keputusan 1-1.

Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris kemudiannya menceriakan kembali penyokong Negeri Sembilan apabila menambah jaringan m-68 selepas sepakan percuma yang diambil Shusuke Nakatane terkena benteng sebelum bola melantun keluar lalu disepak kemas Dzulfahmi ke gawang PDRM.

Tindakan penjaga gol Negeri Sembilan yang keluar dari kotak penalti bagi menyelamatkan bola dihukum pemain import PDRM Lee Changhoon apabila menyepak mudah bola ke gawang lawan pada m-83 menjadikan keputusan seri 2-2.

Masuk ke masa kecederaan, Lee sekali lagi menjadi hero skuad PDRM apabila menyempurnakan sepakan percuma terus ke gawang Negeri Sembilan menjadikan keputusan 3-2.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com