EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kebolehjangkitan Covid-19 kluster Mengketil di Kelantan membimbangkan

0 month ago, 20-Nov-2020

Gambar hiasan

CYBERJAYA – Penduduk di Kelantan dan Besut, Terengganu diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan kluster Mengketil di negeri itu sangat tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi dan terdapat risiko penularan yang tidak terkawal sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dilaksanakan.

“Pada mulanya PKPB tidak dilaksanakan di Kelantan pada 9 November lalu. Namun, dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah diteliti dalam penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM), kini terdapat keperluan untuk PKPB dilaksanakan di negeri tersebut.

“Pada 3 November, Kelantan hanya mencatatkan sebanyak lapan kes Covid-19 yang melibatkan hanya tiga daerah sahaja. Walau bagaimanapun, semalam, bilangan kes aktif Covid-19 di Kelantan telah meningkat kepada 73 kes dan telah menular ke lapan daripada 10 daerah.

“Selain daripada itu, terdapat tujuh kluster yang aktif, iaitu kluster Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Mengketil, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di Kelantan,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes yang mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima hari.

Katanya, kes-kes dalam kluster itu pada mulanya dikesan di daerah Machang tetapi kini telah menular ke daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai serta di Besut.-MT

Kebolehjangkitan Covid-19 kluster Mengketil di Kelantan membimbangkan Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...