EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kebimbangan terhadap Empangan Tiga Gaung di China semakin memuncak sementara Parti Komunis China mula menapis berita mengenai banjir yang berlaku

0 month ago, 27-Jun-2020

Empangan Tiga Gaung (Gorges Dam) yang terletak di China kini menjadi perhatian ramai setelah paras air meningkat dan pihak berkuasa tempatannya telah mengeluarkan amaran banjir di sekitar kawasan empangan berkenaan.

Menurut laporan Taiwan News, ahli hidrologi China terkemuka, Wang Weiluo, mendakwa bahawa empangan itu "boleh runtuh pada bila-bila masa," disamping turut menyatakan kebimbangannya tentang reka bentuk, pembinaan, dan proses pemeriksaan empangan berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan bahawa maklumat mengenai banjir di Chongqing adalah "maklumat sensitif," yang seterusnya menyebabkan mereka menapis maklumat itu. Banjir sudah melanda 26 wilayah, memerlukan penyelamatan darurat untuk lebih dari 213,000 orang, dan telah merosakkan lebih dari 171,000 rumah. Keadaan ini juga mungkin akan menjadi lebih buruk apabila 980 takungan terjejas.

Kebimbangan terhadap Empangan Tiga Gaung di China semakin memuncak sementara Parti Komunis China mula menapis berita mengenai banjir yang berlaku Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...