EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KEBENARAN RENTAS NEGERI BERMULA 11 OKTOBER

0 month ago, 10-Oct-2021

Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada mereka lengkap divaksinasi untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula Isnin, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran tersebut tidak perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Alhamdulillah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya,” dalam sidang media khas, hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan Keluarga Malaysia untuk tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau#ReopeningSafely.

Dalam pada itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama diberikan dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan bahawa kebenaran pergerakan rentas negeri tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...