EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kebakaran sebabkan langit bertukar jingga

0 month ago, 11-Sep-2020

San Francisco: Langit di sini, berubah menjadi jingga disebabkan kebakaran besar yang berlaku di wilayah teluk di bandar raya itu.

Agensi berita Anadolu melaporkan pegawai perlindungan hutan dan pencegahan kebakaran berkata, angin kencang menyebabkan api semakin marak di California, keadaan itu mengancam kawasan berdekatan utara Oregon.

Jabatan CalFire dalam satu kenyataan pada kelmarin berkata, beberapa lokasi kebakaran baharu terjadi di kawasan gunung dan kaki bukit, disebabkan tiupan angin kencang mencecah 88.5 kilometer sejam.

Pada Rabu, kira-kira 14,000 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di 28 kawasan di seluruh California.

Kejadian itu memusnahkan lebih 2.5 juta ekar kawasan di negeri ini sejak awal tahun, selain menyebabkan lapan orang maut dan lebih 3,700 bangunan musnah.

Sebilangan pakar mengatakan perubahan iklim menyebabkan cuaca panas melampau dan angin kencang, manakala lebih 12,000 kejadian petir berlaku pada Ogos.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...