www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Keadaan terkini 4 rakyat Malaysia dalam serangan pengganas di Christchurch

0 month ago, 16-Mar-2019


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Empat rakyat Malaysia disahkan terlibat dalam serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada Jumaat, tiga daripadanya cedera dan seorang masih belum dapat dikesan.

di Wisma Putra berkata 4 orang itu adalah Tarmizi Shuid, Rahimi Ahmad, Mohd Nazril Omar dan Haziq Tarmizi.

memberitahu bahawa Tarmizi, Rahimi dan Nazri tercedera dan berada di hospital manakala status Haziq, 17, belum diketahui. Kali terakhir Haziq kelihatan adalah di masjid.

Nazril Hisham Omar sudah kembali sedar kini dijaga anaknya, Muhammad Haqiem Daniel. Beliau ditembak beberapa kali. Antaranya di jari kaki dan belakang. Ketika ini dia separa sedar selepas menjalani pembedahan.

Nazril Hisham Omar salah seorang rakyat Malaysia yang terkena tembakan

49 orang terkorban tragedi masjid di Christchurch

Media semalam melaporkan, berlaku kejadian tembakan di 2 masjid di Christchurch sekitar jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan) mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang setakat ini, manakala seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian itu.

Susulan insiden itu, Polis New Zealand menahan 4 suspek iaitu 3 lelaki dan seorang wanita.

Ketika kejadian Haziq, 17 tahun, bersama adiknya, Hariz dan bapa, Mohd Tarmizi Shuib berada di dalam masjid. Sementara ibu, kakak dan seorang kenalan wanita mereka, warga Singapura turut solat di masjid berkenaan.

Katanya, ketika tembakan berlaku, ibu, kakak dan kenalan mereka bersembunyi di dalam tandas.

Senjata yang digunakan oleh pengganas

Mereka juga di dalam masjid. Nazril mengalami kecederaan serius. Ketika kejadian, Rahimi berpura-pura mati namun tetap cedera ditembak.

Tarmizi dan Hariz berlari keluar. Hariz selamat tetapi Tarmizi ditembak di bahagian belakang. Haziq pula tidak dapat dipastikan. Mereka sedang mencari Haziq di kawasan sekitar dan di hospital yang merawat mangsa tembakan.

Keluarga Tarmizi menunjukkan gambar keluarga (foto Bernama)

Rahimi berpura-pura mati

Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad juga di dalam masjid. Ketika kejadian, Rahimi berpura-pura mati namun tetap cedera ditembak.

Media melaporkan, Tarrant memuat naik manifesto setebal 73 muka surat mengandungi alasan mengapa dia melakukan jenayah tersebut.

Manifesto The Great Replacement menggambarkan Tarrant mengagung-agungkan ketuanan kulit putih dan kebencian maksimumnya terhadap Islam. Serangan itu juga bertujuan mengurangkan populasi pendatang asing .

Tarrant dengan egonya menunjukkan simbol ‘White Power” (foto Sinar Harian)

Biadap! penyerang masjid tunjuk simbol “White Power”

Tarrant turut menyenaraikan alasan, penurunan kadar kelahiran orang kulit putih di Barat dan pengambilalihan demografi oleh umat Islam sebagai pemacu utama di sebalik tindakannya.

Katanya, dia juga mahu membalas dendam atas kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Ebba Akerlund yang terbunuh dalam serangan rempuhan trak di Stockholm, Sweden pada 2017.

Kenangan singgah solat di Masjid An Nur, Christchurch

Kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch itu menyebabkan sekurang-kurangnya 49 maut setakat ini dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam apa yang disifatkan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai serangan pengganas.







SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts