EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Azmi Saat keadaan isteri selepas seminggu pemergian anak buat ramai sebak

0 month ago, 09-Oct-2021

KEHILANGAN cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan cukup meninggalkan kesan emosi kepada vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Naziah Muhammad.

Ujar Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 34, beberapa hari selepas pemergian bayi yang diberi nama Kharul Afnan pada 30 September lalu, isterinya berdepan tekanan.

Ada masanya kalau dia duduk sendiri tu, dia akan menangis sebab teringatkan anak. Ketika tidur pun dia selalu mengigau hingga saya kena tenangkan dia.

Sejujurnya saya lebih sedih memikirkan keadaan isteri berbanding kehilangan anak. Saya reda dengan pemergiannya, saya perlu kuat untuk isteri saya risau kesihatan dia terganggu.

Alhamdulillah sekarang Allah permudahkan urusan isteri, emosi dia juga semakin baik, katanya ketika dihubungi mStar.

Keadaan dan kesihatan Naziah Muhammad semakin baik.

Pada 27 September lalu Azmi berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan zuriat yang ditunggu-tunggu selama 10 tahun secara pembedahan.

Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila bayi yang berdepan masalah kegagalan fungsi otak sejak dilahirkan itu meninggal dunia tiga hari kemudian.

Kami akan tetap berusaha dapatkan anak. insyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

Bercerita lanjut tentang kehidupan dia dan isteri selepas lebih seminggu kehilangan anak tercinta, Azmi berkata dia sudah kembali bekerja.

Namun kata Azmi, dia cuba melapangkan jadualnya pada waktu malam bagi memberi tumpuan kepada isteri yang sedang berpantang.

Sekarang dah boleh kerja tapi saya hanya ambil waktu siang saja, waktu malam saya nak jaga isteri.

Walaupun ada mak tolong jaga tapi tak sama dengan suami, katanya.

Tambah Azmi dia dan isteri reda dengan ujian Allah dan akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.

Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September lalu.

Kami akan tetap berusaha dapatkan anak, InsyaAllah. Tapi tunggu sampai masing-masing dah sedia dan kalau ada rezeki.

Apa yang terjadi dalam hidup kami ni satu kisah yang tak boleh kami lupakan.

InsyaAllah saya akan keluarkan lagu berkisarkan perjalanan dan kisah hidup kami yang menanti kehadiran anak namun berakhir dengan kesedihan, ujarnya.

Kredit Artikel: Kecoh Ape

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook The Berita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:

Azmi Saat keadaan isteri selepas seminggu pemergian anak buat ramai sebak Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...