EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Lps Ayh Kawen, Kami Selalu Dgr Bunyi Aneh Dari Bilik Ayh, Sampai Trpaksa Abg Buat Macam ni

0 month ago, 10-Sep-2020

Nama aku Halim, berumur 30 tahun ada 4 adik beradik (aku no. 2) atas abang, bawah aku perempuan. Ibu aku dah lama tak ada masa aku kecil.

Di pendekkan cerita ayah kahwin lagi selepas beberapa tahun.

Selepas ayah kahwin, Kami agak kek0k dengan mak tiri yang kami panggil makcik..

Makcik nampak ok tapi kami selalu tak rasa selesa mungkin kerana lama tiada ibu..

Pada mulanya kami tinggal bersama ayah dan makcik, kami dengar bunyi pelik-pelik dalam bilik.

Lebih kurang seminggu 3-4 kali dengar bunyi pelik.

Abang tak rasa selesa dengan keadaan itu dan mengajak aku tinggal dengan nenek (nenek tinggal di kampung dekat dengan ayah cuma ayah duk taman).

Lepas tu, baru kami dapat tahu yang sebenarnya ayah dan makcik kerap brb4lah dalam bilik.

Adik adik aku masih kecil biarlah makcik (mak tiri) jaga. Tapi sed1hnya ayah bersetuju yang kami semua termasuk adik adik tinggal dengan nenek.

Bermula lah hidup berdikari. Bermula kami tinggal dengan nenek, ayah mula kurang amik tahu.. Sekali sekala jenguk.

Saban tahun, kami beraya tanpa ada pakaian raya atas alasan ayah tak cukup duit sebab kena bayar duit rumah yang baru di belinya.

(Nenek yang banyak support kami dengan guna duit bantuan yang dia dapat). Begitulah seterusnya sehingga kami meningkat dewasa.

Makan hati banyak sangat yang paling kesian adik2 saya. Mereka ni sangat2 perlukan perhatian dan untuk mengadu itu ini.

Abanglah yang memujuk dan aku banyak memend4m.. Untuk pengetahuan semua, aku ada 2 adik tiri (anak ayah dan makcik).

Bila kami meningkat remaja sampai sambung study, ayah tak pernah tanya duit cukup ke tak?

Pernah sekali abang masa tu dapat MRSM dan perlukan duit beli buku. Ayah meng3luh sebab tak cukup duit..

Makcik mula membeb3l ini tak cukup itu tak cukup ini. Patut sekolah biasa dahla dan blah blah blah.

Aku pernah tanya ayah simpanan kami semasa dengan ibu dulu.

Masa tu aku ingat2 lupa sebab masih kecil tapi ibu ada tunjuk buku akaun abang dan aku cuma tak taw jumlah berapa di dalamnya.

Ayah berdalih dan alih ke topic lain. Sebenarnya ada banyak lagi sikap ayah yang kami terasa selain duit yang tak pernah cukup.

Sehingga menyusahkan nenek pulak, tapi kasih sayang dan perhatian dah takde buat kami adik beradik terasa sangat. Kini kami dah meningkat dewasa.

Masing masing dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Alhamdulillah masing masing ada pekerjaan tetap.

(Lupa nak mention nenek pergi buat selamanya semasa abang tengah study di UKM dan paling ralat ayah tak bagi abang balik masa nenek pergi buat selamanya atas alasan takde duit bagi tambang bas ke pantai timur.

Masa tu abang mer4juk sangat dengan ayah dan kami adik beradik masih tinggal di rumah peninggalan nenek wlupun nenek tiada).

Sehingga kini, ayah seperti tak ambil tahu tentang kehidupan kami.. Aku balik kampung tinggal di rumah nenek dan hanya datang jenguk ayah yang tinggal berdekatan.

Aku cuba mengeratkan hubungan dengan ayah tapi ntahla ada saja yang ayah buat untuk meny4kitkan hati saya.

Adik yang bongsu memang dah lama tak hiraukan ayah selepas kes dia masuk w4d (masa tu adik tinggal dengan aku di kl) aku telefon ayah bagitahu adik s4kit dan ada sedikit oper4tion kena buat kepada dia.

Besar harapan adik agar ayah datang melawat tapi takde pun, adik tunggu ayah fon tanya kabar dia pun takde.

Sampai adik keluar w4d, aku fon ayah bagitahu adik selamat kena oper4tion, ayah cuma respon oklah tu.

Sejak daripada itu, adik langsung tak penah tanya tentang ayah. Sampai makcik call tanya kenapa adik lama tak datang rumah or fon ayah.

Masa puasa ni, kami adik beradik plan balik kampung nak berbuka dengan ayah tapi tak bagitahu ayah yang kami nak balik.

Sebab minggu pertama puasa adik2 tiri balik makcik ajak buka puasa sekali (kami plan nak balik juga walaupun makcik tak ajak tapi last minit abang ada hal jadi kami semua cancel balik kampung minggu 1st tu) disini lah paling kami adik beradik terasa..

Bila melawat ayah dan ajak berbuka puasa. Dia bagi alasan nak berbuka kat surau.

Adik memang dah tak kisah tapi sebab fikir ayah.. Kami cuba tapi h4mpa.. Kami maklum dengan ayah balik ahad tengahari. Keesokannya sebelum balik plan nak jumpa ayah dulu tapi h4mpa..

Ayah bagi alasan keluar ke bandar sebab makcik nak cari baju raya. Kadang-kadang terfikir ayah langsung takde rasa kesian dan rasa belas ihsan untuk kami adik beradik.

Cucu dia langsung tak pernah ambil tahu.. Kadang kadang cucu excited nak jumpa atuk tapi ayah . hmmm.

Tentang makcik tu biarlah tapi ayah tu.. Kenapa ayah buat kami macamni.. Sebenarnya ada banyak perkara untuk diceritakan tentang sikap pilih kasih ayah.

Tapi kami adik beradik pilih untuk pend4m (banyak adik bongsu yang luah). Belum lagi kisah masa ayah pencen..

Satu duit pencen kami semua tak rasa tapi bila melawat ayah baru ni nampak motor sampai 3 biji and 2 kereta..

Tanya siapa punya sebab masa tu adik2 tiri masih sekolah menengah.

Makcik bagitahu tu ayah beli sempena ayah dapat duit pencen (adik men4ngis dalam kereta sewaktu kami balik dari rumah ayah

Sebab terasa waktu dia tebalkan muka minta duit nak amik lesen motor ayah tak bagi alasan perempuan tak payah naik motor tapi adik adik tiri perempuan ada motor cash plak tu seorang satu).

Aku pun tak tahu dimana silap kami sampai ayah dah tak kisahkan kami. Masa ayah jatuh s4kit, kami semua balik dengan segera tengok ayah di hospital.

Masa ayah susah, kami ada untuk bagi bantuan. Adik-adik tiri pergi sambung belajar.

Aku dan abang tolong bantu sebab makcik minta tolong.. Tapi bila kami perlukan ayah.. Ayah takde. Benar kadang setiap waktu raya.

Agak kurang bermakna sebab bila kami balik kampung (rumah nenek) nak beraya dengan ayah.

Ayah dan makcik dan adik2 tiri akan keluar beraya dan setiap hari pulak tu sampai kami habis cuti..

Kami seperti orang luar datang rumah ayah sejam dua untuk beraya. Kami ada ayah tapi hidup kami seperti anak yatim piatu

Rindu ibu, rindu ayah. Terima kasih baca, hanya sekadar luahan..

Reaksi warganet

Syakriah Ishak-

Istilah adik tiri tu tak betul. Dua adik perempuan (anak ayah dan ibu tiri) adik sebapa.

Apa jadi dekat ayah awak, awak dan abang awak wali kepada adik sebapa tersebut. Adik tiri istilah untuk adik lain mak dan lain bapa.

Contoh, mak tiri tt ada anak lain sebelum kawin dengan ayah tt. Tu baru adik tiri.

Annie Mohd Selagi korang mengejar kasih sayang yang takde tu, selagi tu lah korang rasa kekurangan dan s4kit hati.

Cuba buat tak tahu, lama2 korg akan rasa biasa. Bukan korang yang nak buat tak tahu tapi itu yang ayah korang nak kan.

Buat aktiviti sesama family, adik beradik dan mentua.

Dalam dunia ni kasih sayang bukan dari ibubapa je tapi boleh datang dari orang lain yang Allah pertemukan untuk kita.

Banyak cara untuk create bahagia tu dari mengejar orang yang tak peduli.

Ayah kau tu esok2 bila dah tua mula mengadu kenapa anak tak datang jenguk, cakap terus terang

Sebab ayah tak pedulikan kami dari kecik, sentiasa larikan diri dari kami, bukan salah kami.

Jangan simpan2. Kadang kena ajar juga org tua ni..

Wai Bee Jangan sedih, biarlah ayah buat kita. Tapi dia tak akan lepas kat akh1rat. Saya dulu mak pilih kasih juga.

Lebihkan anak angkat daripada anak sendiri. Tapi saya wat tak tahu walaupun makan hati.

Duit pencen abah, mak saya habiskan untuk anak angkatnya itu. Sampai buat loan 40k pun tak de bagitau saya.

Bila mak saya pergi buat selamanya, bru tahu cerita pasal loan tu. Itupun dah jadi g4duh sebab sampai surat bank.

Abang sulung saya contact saya mnta bayarkan baki hutang bank.

Kata abang saya, anak angkat mak tu cerita yang duit kasi kat saya sebab suami saya bisnes mufl1s.

Allahhu, masa tu memang berat ujian saya. Jadi sasraan f1tn4h. Tpi alhamdulillah insurans cover sebab mak saya buat loan tahun 2012, dia pergi buat selamanya tahun 2014.

Jadi lepas tempoh matang insurans. Kalu bawah 6 bulan memang insurans tak cover.

Patutler saya tengok kalau balik kampung, adik angkat saya mekap keta viva mak, pastu bini dia bli barang2 kemas.

Kata mak saya, menantu angkatnya itu dapat duit pusaka bapa dia. Selepas mak saya pergi buat selamana, saya tidak lagi keep in touch dengn orang2 t0ks1k sebegitu.

Kini saya memang hidup jaga famili kecil saya sahaja selepas saya bersara awal pada thun ni dalam usia 42 thn. Sy bahagia dengan kehidupan sekarang

: Halim (Bukan nama sebenar) / IIUMC

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw


SUMBER : tehtarikkaw.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...