EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Kawan panjat... tak berbahaya pun'

0 month ago, 16-Jan-2020

MANA mungkin saya terfikir gambar yang saya ambil secara suka-suka nampak menarik di mata syarikat gergasi seperti Apple.

Walaupun tidak dibayar, ia tentunya satu penghargaan besar apabila hasil kreativiti saya yang tidak seberapa itu dikongsi di akaun Instagram rasmi mereka, kata Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah, 28.

Anggota polis yang bertugas di Balai Polis Chabang Tiga, Terengganu ini tular di media sosial selepas gambar pokok kelapa yang diambil dan dimuatnaik di akaun media sosialnya Ogos tahun lalu dikongsi semula Apple di akaun Instagram rasmi syarikat itu, tengah malam tadi.

Menurut Nor Azmeer, sejak mula aktif di Instagram pada 2013, dia sememangnya gemar meneroka teknik fotografi menggunakan telefon pintar miliknya sebelum memuatnaik gambar yang diambil di akaun media sosial itu.

Jelasnya, tidak kira tempat dan waktu, asalkan ada sudut pandang yang dirasakan menarik, dia akan mengambil gambar dan berkongsi dengan pengikutnya di Instagram.

Jujurnya, saya tidak pernah mengikuti apa-apa kelas berkaitan fotografi, cuma berkongsi minat yang sama dengan beberapa rakan jadi jika ada kelapangan, kami akan luangkan masa untuk cari tempat menarik dan ambil gambar.

Mengenai gambar yang dikongsi Apple itu, saya hanya mengajak rakan saya mengambil gambar matahari terbit di Pantai Kampung Rusila (Marang, Terengganu), kira-kira 10 minit dari rumah, bagi mengisi masa lapang pada hari cuti saya.

Ketika itu, kawan saya memanjat pokok itu dengan tujuan untuk saya ambil gambar, tetapi jangan tertipu pula, ia tidaklah setinggi dibayangkan dan tidak berbahaya pun, cuma sekitar satu setengah meter dari paras tanah.

Tidak sangka pula, dalam banyak-banyak gambar yang saya muat naik, gambar pokok kelapa itu yang menjadi pilihan mereka apa lagi ia pun sudah lama dimuatnaik, katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Nor Azmeer menjelaskan, syarikat gergasi gajet yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu pernah menghantar emel kepadanya November lalu berhubung gambar berkenaan tanpa memberitahu tujuan sebenar.

Bagaimanapun, katanya, apabila dia melihat Instagram syarikat itu, gambarnya tidak pula digunakan justeru dia menyangka Apple sekadar bertanya.

Tiba-tiba sekitar 12.30 pagi tadi, saya terima notifikasi Instagram selepas Apple tag nama saya pada keterangan gambar terbabit.

Apapun, saya tetap gembira kerana ia sekurang-kurangnya boleh mempromosikan Terengganu yang memang mempunyai banyak tempat cantik, sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini.

Disebabkan tular ini, ramai pula yang mengikuti Instagram saya dan mula like gambar saya yang lain, memang saya terkejut dan gembira pada masa sama, katanya yang menggunakan iPhone XR untuk gambar berkenaan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...