EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Anak Saya Tak Mati Katak.. Ibu Allahyarham Sandra Dianne Terguris Baca Komen Sinis

0 month ago, 12-Sep-2020

Ibu mana yang tak sedih apabila anak kesayangan pergi menghadap Ilahi, tetapi makin hiba apabila ada yang tergamak meninggalkan komen tidak sensitif terhadap orang yang sudah tiada.

Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah meluahkan rasa terkilan dengan komen seorang individu yang mengatakan kematian anaknya sebagai mati katak.

ibu sandra dianne terguris kata hinaan

Advertisement

Jelas wanita itu, tidak sepatutnya komen sedemikian diucapkan memandangkan ahli keluarga arwah masih lagi sedang berkabung.

“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.”

Tambah Nur Syakinah lagi, wajah arwah sangat bersih dan tenang seperti orang yang sedang tidur. Malah dia meminta agar Allah tempatkan anaknya dalam kalangan orang-orang yang diredai.

Sebelum ini, seorang individu yang menggunakan akaun palsu telah menulis bait kata berbaur hinaan terhadap arwah sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

ibu sandra dianne terguris kata hinaan

Advertisement

Allahyarham Sandra yang juga merupakan peserta program Big Stage 2020 disahkan meninggal dunia semalam, selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran Subang Jaya.

Jenazah juga sudah selamat dikebumikan di kampung halamannya bertempat di Tuaran, Sabah.

: Harian Metro


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...