www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kasihnya Ibu, Nafi Didera Anak Walau Badan Penuh Luka

0 month ago, 17-Mar-2019


Kasihnya seorang ibu yang sanggup mempertahankan dua anak dan seorang menantu dengan mendakwa dirinya terjatuh walaupun hakikat sebenar, seluruh badan warga emas ini penuh dengan luka, lebam dan kesan patah.

Sungguh tidak terjangkau dek akal bagaimana kecederaan begitu hanya akibat jatuh sahaja. Itu yang diberitahu mangsa berusia 64 tahun apabila pihak polis bertanyakan tentang kecederaan yang dialaminya.

BACA:Parah Dipukul Bapa Dengan Tukul Kerana Belum Dapat Kerja

Dakwa hanya terjatuh

Ibu malang itu turut menafikan dakwaan dirinya menderita akibat didera, sebaliknya mangsa memberitahu hanya terjatuh.

Semalam tular di media sosial berita mengenai warga emas itu yang diselamatkan pihak berkuasa selepas ditemui penduduk terkurung dalam rumahnya di Flat Desa Wawasan 1, Bukit Mertajam.

Lebih menghayat hati, warga emas itu ditemui dengan hanya berkain batik, cuba keluar melalui pintu jeriji besi yang berkunci di hadapan rumah dan penduduk bertindak menghubungi polis.

Sebaik laporan diterima, wanita itu terus dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa luka di bahagian kepala dan badan, lebam di seluruh badan dan dikhuatiri cedera patah yang lama dipercayai didera.

Susulan itu pihak polisDaerah Seberang Perai Tengah, menahan dua anak kandungnya seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun serta menantu perempuan berusia 28 tahun yang juga OKU.

Kedua anak & menantu alami masalah kewangan

Siasatan mendapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di unit berkenaan dan mereka menghadapi masalah kewangan. Pemeriksaan kesihatan ke atas semua suspek dilakukan, mengesahkan mereka mengalami tekanan perasaan.

Pihak polis memberitahu, mangsa masih belum jalani pemeriksaan mental, namun mempunyai sejarah kemurungan.

Kata polis lagi, mereka dikatakan jarang makan dan keadaan begitu daif daripada semua segi. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan akan mengemis jika kehabisan duit bantuan menyebabkan mangsa dikurung di dalam rumah.

Siasatan mendapati anak perempuan mangsa menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400, manakala menantunya RM400 daripada JKM Penang.

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram




SUMBER : vitdaily.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts