EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Masa erat kasih sayang

0 month ago, 25-Mar-2020

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini, nyata digunakan sebaik mungkin oleh kebanyakan selebriti tanah air.

Kelapangan masa bersama keluarga di rumah, dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pelbagai aktiviti yang mengeratkan kasih sayang.

Bagi ibu tunggal yang juga penyanyi dan pelakon, Syura Badron, 34, memasak yang menjadi kepakarannya turut dikongsi di platform digital, YouTube.

Menurut Syura, aktiviti memasak pastinya terapi terbaik pada ibu bapa untuk menyediakan hidangan enak buat dinikmati seisi keluarga.

Jangan fikir bosan duduk di rumah tanpa aktiviti. Saya percaya memasak bersama anak-anak juga antara aktiviti yang menarik dilakukan.

Apapun, setiap keluarga ada pilihan aktiviti masing-masing. Untuk saya, perkongsian memasak menu istimewa ini boleh dicuba sesiapa, katanya.

Menurut Syura, penyediaan menu yang ringkas, mudah dimasak serta dijamin keenakannya sudah tentu menjadi pilihan ibu di rumah.

Siapa yang nak sediakan makanan kurang sedap untuk anak-anak. Apatah lagi, cuti PKP ini adalah masa terbaik untuk bersama keluarga.

Saya tahu, pasti ibu setiap hari akan terfikir apa hidangan enak nak dimasak untuk keluarga. Justeru, saya kongsi cara memasak menu enak di YouTube, katanya.

SYURA bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak.
SYURA bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak.

Baru-baru ini, Syura berkongsi cara memasak hidangan ayam ungkep di saluran YouTube kepada pengikutnya yang mungkin tercari-cari menu baru.

Mengulas peribadinya pula, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron sudah lima tahun hidup solo bersama tiga anaknya iaitu Nurul Dania, 13, Nurul Qaisara Sofea, 11, dan Mohd Irfan Aryan, 7.

Selesa dengan kehidupan sekarang, Syura berkata, dia pun belum terfikir untuk berkahwin semula. Katanya, ketika ini fokus tertumpu pada mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak.

Saya bahagia dengan kehidupan sekarang bersama anak-anak. Fokus saya hanya terarah kepada mencari rezeki buat mereka.

Soal berumah tangga semula, saya serahkan pada ketentuan takdir. Tidak mencari, namun saya juga tak serik atau trauma untuk bernikah lagi, katanya.

Terbiasa menjalani kehidupan berdikari, Syura berkata, pembabitannya di pentas teater Korupsi Dewan Semandung baru-baru ini juga sangat bermakna.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...