www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kapten kriket India kena kecam

0 month ago, 08-Nov-2018


Foto: BCCI

KAPTEN kriket India Virat Kohli dikecam teruk selepas mengesyorkan mereka yang menyokong pemain asing tidak sepatutnya tinggal di negara itu.

Kohli, pemukul tersohor yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial, dalam rakaman video telah membacakan mesej dalam talian daripada seorang peminat kriket yang dilihat telah menyinggungnya.

“Pemukul yang diberikan pujian berlebih-lebihan dan saya secara peribadi melihat tiada yang istimewa dalam pukulan dilakukannya (Kohli). Saya lebih seronok menyaksikan aksi pemukul England dan Australia daripada pemukul India,” Kohli membacakan mesej pencinta kriket itu menerusi telefon bimbitnya.

Kemudian beliau memberikan respons: “Okay, dengan itu saya fikir anda tidak patut tinggal di India, anda patut pergi dan tinggal di tempat lain, tidak? Kenapa anda tinggal di negara kita dan sayangkan negara lain? Saya tidak kisah anda tidak sukakan saya tetapi saya fikir anda tidak patut tinggal di negara kita dan menyukai benda lain. Pastikan keutamaan anda betul.”

Kritikan itu agak keterlaluan bagi pemain kriket itu yang memegang banyak rekod dan dikagumi sebagai seorang pemain prolifik dan penyumbang mata utama.

“Sungguh tidak disangka Virat bersikap perengus sebegini. Jutaan orang dari negara lain menjadikan beliau sebagai idola,” kata pakar kriket terkemuka Ayaz Memon.

Ada juga yang meminta Kohli “pergi ke Selatan Afrika” selepas didapati di dalam video lama beliau menyatakan Herschelle Gibbs ialah pemain kriket kegemarannya.”

Komen pedas terus dilemparkan terhadapnya, dengan seorang mencadangkan supaya Kohli berhenti bermain kriket kerana ia “permainan orang Inggeris” dan sepatutnya menceburi sukan “kebangsaan” seperti hoki atau kabaddi. – Bernama

Kapten kriket India kena kecam Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts