Kapten Kawasaki Frontale Mahu Sekat Roh Jepun JDT
0 month ago, 18-Sep-2023
Kapten pasukan Kawasaki Frontale, Kento Tachibanada yakin pasukannya mampu meraih kemenangan dalam aksi pertama saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dalam sesi sidang media pra-perlawanan, pemain tengah Kawasaki Frontale ini menagih kemampuan rakan sepasukan untuk mencipta kejutan di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau menjangkakan aksi sengit bakal dipersembahkan kedua-dua pasukan.
“Pastinya saya mempunyai keyakinan (untuk menang). Pihak lawan (JDT) pun memiliki kekuatan tersendiri serta sudah merasai pengalaman beraksi dalam suasana stadium yang hebat tahun sebelum ini jadi jika kami beraksi dengan gaya permainan kami, kemenangan boleh dicapai.”
“Saya menjangkakan perlawanan sengit esok,” ujarnya kepada Astro Arena menurut terjemahan Ahmad Ridzuan.
Beliau dalam pada itu juga berazam untuk menyekat keupayaan bintang baru JDT dari Jepun, Takahiro Kunimoto.
Pemain berusia 25 tahun ini menjelaskan bahawa beliau amat mengenali dan tahu kemampuan serta gaya permainan yang diperagakan Kunimoto.
“Semestinya dia (Kunimoto) amat kami kenal, tahu dia beraksi dengan beberapa buah kelab dan memiliki kekuatan tersendiri.”
“Kami tidak akan membiarkan dia bebas bergerak,” ujarnya.
Ini terjemahan marhaen aku bagi sesi sidang media perlawanan @TheAFCCL diantara @OfficialJohor dan @frontale_staff esok.
— Ahmad Ridzuan AG (@AhmadRidzuanAG) September 18, 2023
**Mungkin tak banyak laporan mengenai Kawasaki Frontale selepas sidang media tadi disebabkan beberapa faktor terutamanya terjemahan/interpretasi.
Toru Oniki: https://t.co/P6wZL0c07B
JDT bakal berdepan Kawasaki Frontale dalam aksi pertama Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada esok. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 8 malam.