EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kapal tangki minyak kena serang

0 month ago, 11-Oct-2019

TEHRAN: Kapal tangki minyak Iran terkena dua serangan dipercayai peluru berpandu dalam kejadian berasingan di luar pesisir pantai Arab Saudi hari ini.

Berdasarkan perkhidmatan pengesanan kapal TankerTrackers, Sabiti membawa satu juta tong minyak dan menyatakan Teluk sebagai destinasinya.

Syarikat Tangki Kebangsaan Iran (NITC) berkata, semua anak kapal Sabiti terselamat dan mereka berusaha membaikpulih kerosakan.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Iran, Abbas Mousavi berkata, kapal tangki itu diserang dari sebuah lokasi berhampiran laluan kapal terbabit di timur Laut Merah.

Menurutnya, serangan itu menyebabkan minyak tertumpah ke dalam laut dan pihak kuasa kini melakukan siasatan.

Sementara itu, stesen televisyen tempatan melaporkan serangan terbabit dipercayai dilakukan pengganas.

Imej kejadian yang disiarkan stesen itu memaparkan dek kapal tidak mengalami kerosakan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...