EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kantoi, Penjawat Awam Gaji Bawah RM4K Miliki 4 Kereta Mewah Termasuk Roll Royce Phantom

0 month ago, 21-Nov-2020

Kehidupan mewah menjadi impiankebanyakan orang. Namun tidak semua yang mampu. Namun tidak dinafikan ada juga yang mengambil jalan pintas.

Namun tindakan beberapa individu yang hanya sekadar makan gaji ini telah mengundang rasa syak wasangkan sehingga terbongkar rahsia kemewahannya itu.

Gaji bawah RM4K mampu pakai kereta mewah

Difahamkan gaji minimum bagi seorang kakitangan kerajaan Gred KP19 ialah sebanyak RM1,360 manakala pendapatan maksimum pula sehingga RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun. Namun jika dimasuk dengan elaun pun tidak mungkin dia mampu untuk hidup mewah dengan memiliki kereta berjenama seperti Roll Royce Phantom, Mustang dan Range Rover serta Audi.

Di atas keraguan itulah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan terhadap pemilikan kenderaan-kenderaan tersebut oleh seorang kakitangan Jabatan Imigresen membawa kepada tumpasan sindiket pemalsuan cap sempadan.

Jutaan ringgit untuk sogokan

Menurut sumber portal media tempatan, siasatan SPRM dalam OP SELAT mendapati sindiket membelanjakan jutaan ringgit bagi menyogok pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sejak beberapa tahun.

Apa yang mengejutkan ialah bagaimana seorang anggota imigresen Gred KP 19 mampu memiliki empat buah kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi.

Kereta-kereta ini didaftarkan atas nama dua warga China yang dipercayai ejen pekerja asing China yang beroperasi di Malaysia dan dua ejen lelaki tempatan.

SPRM telah mengenal pasti identiti keempat-empat warga China itu dan rakyat tempatan yang terbabit serta sedang mengesan kesemua mereka.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kredit : Sinar Plus

Kantoi, Penjawat Awam Gaji Bawah RM4K Miliki 4 Kereta Mewah Termasuk Roll Royce Phantom Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...