www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kanak-Kanak Jana RM67 Juta Setahun Dengan Hanya Review Permainan Di Youtube!

0 month ago, 07-Dec-2018


Siapa sangaka kanak-kanak kacukan Amerika-Asia ini rupa-rupanya sudah mampu menjana pendapatan sendiri dengan hanya membuat ulasan barangan permainan di saluran Youtube yang diberi nama Ryan Toys Review! Bukan biasa-biasa kerana beliau diangkat oleh Forbes sebagai orang kaya termuda yang mendapat bayaran tertinggi sebagai seorang Youtuber dengan hasil pendapatan sebanyak RM67 Juta sepanjang tahun ini.

: Google Images

Mempunyai lebih 17.3 pengikut dan angka itu dilihat semakin meningkat, saluran Youtube milik kanak-kanak beranam Ryan ini nampaknya sudah menjadi lubuk bagi kebanyakan syarikat pengeluar permainan untuk mendapatkan keuntungan. Ia seperti tempat untuk mengiklankan produk inovasi mereka dengan hanya membayar kepada Ryan untuk Ryan membuat ulasan terhadap barangan mereka.

A little preschooler plays with toys and gets more money each video than I do for working part time at McDonald's juggling my school and work life. Dammit now I want to be 4.

Emma Cxce (@cxce_e) December 4, 2018

Rata-rata setiap video yang dimuat naik Ryan ke Youtube mampu mendapat lebih 1 Juta tontonan dalam masa sehari. Kalau sudah berminggu-minggu, berapa pula jumlah tontonnya?!

Untuk itu, ramai syarikat oengeluar permainan juga sanggup menjadi penaja kepada Ryan bahkan menurut sumber, Ryan yang sudah genap berusia 8 tahun itu akan memuat naik video baru setiap hari yang kadang-kalanya turut disertai ibu, bapa dan dua adik perempuan kembarnya.

I can see $$$ sign in his mum's eyes. She has taken over the show long ago with her endless unbearable scream.

Veysel YAZICI (@veyselyazici) December 4, 2018

BACA 22 Pereka Kecantikan Dari 10 Benua Asia Bakal Berentap Di Grand Final Beauty Bound Asia 2015

Namun begitu, ramai tidak berpuas hati dengan pencapaian kanak-kanak itu sekaligus melabel Ryan sebagai perosak terhadap kanak-kanak lain yang menonton video-video ulasannya di Youtube.

Bukan itu sahaja, ramai juga berpendapat memandangkan Ryan belum cukup umur, ini seolah-olah membuatkan kedua ibu dan bapanya mengambil kesempatan terhadap kelebihan anak mereka itu.

My cousins kids watch him almost all day! I got curious and watched his videos with the kids. What do I think? These videos should be banned from the kids cuz hes setting bad examples for the children. I dont understand why stupid videos are more popular nowadays. Thats sad.

Jess (@jessngkehuey) December 4, 2018

BACA Barbie: Create Your Own, Galak Kanak-Kanak Jangkau Imaginasi Tersendiri

Ibu dan bapa Ryan turut tidak ketinggalan mendapat cemuhan sebagai pasangan suami isteri yang mata duitan malah, kesemua wang yang diperolehi Ryan itu semestinya akan disalurkan terus ke akaun mereka memandangkan Ryan masih kanak-kanak dan tidak tahu menguruskan wang.

Apabila jadi begini, teringat pula penulis dengan kisah nasib yang menimpa genius matematik Adi Putra kerana terdahulu, ibu dan bapanya dilihat seperti mengambil kesempatan terhadap Adi Putra untuk mengaut lebih keuntungan dengan menjual produk serta barangan edisi terhad -menggunakan nama anaknya itu.

BACA:5 Budak Genius Malaysia Yang Bertukar Tragedi

Tepuk dada dan tanyalah selera. Apa pendapat korang? Kalau tersilap langkah, budak-budak famousseperti Ryan ini mungkin akan jatuh ditimpa tangga suatu hari ini.

Foto Ryan (tengah) bersama ibu bapa dan dua adik kembar perempuan. : Google Images

Jadi betulah pepatah orang dulu-dulu mengatakan, Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Mungkin kamu juga boleh mula membuat ulasan barangan di Youtube untuk

SUMBER


SUMBER : wanista.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts