www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kanak-kanak perempuan ini menjual epal dengan harga yang tinggi tetapi lelaki tua ini sanggup membeli semua epalnya setelah mengetahui kisah hidupnya

0 month ago, 16-Mar-2019


Mia telah menjalani kehidupan yang sukar sejak dia masih kecil. Ayahnya meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing gunung ketika sedang mengutip tumbuhan herba untuk dijual. Mia hanya berumur lima tahun ketika ayahnya meninggal dunia, dan tinggallah Mia dengan adiknya untuk dijaga oleh ibunya.

Untuk menjalani kehidupan seharian, keluarga ini menjana pendapatan dengan menjual epal. Keluarga Mia mempunyai ladang epal kecil yang terletak berhampiran dengan rumah mereka. Setiap hari, Mia akan membantu ibunya mengumpul epal di ladang sebelum menjualnya di pasar.

Walau bagaimanapun, nasib keluarga ini menjadi teruk apabila ibu Mia tiba-tiba jatuh sakit. Mia yang berusia sembilan tahun pada masa itu terpaksa menjadi pencari nafkah tunggal untuk keluarganya.

Mia menjaga ibunya yang sakit dan adiknya dan dalam masa yang sama bekerja di ladang epal dan menjual epal di pasar.

Gambar sekadar hiasan

Ada suatu ketika, Mia mendapatkan bantuan doktor untuk merawat ibunya. Malangnya, doktor memberitahunya bahawa ibunya terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan lanjut. Hal ini kerana klinik kecil di kampung mereka tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap untuk merawat ibunya.

Walau bagaimanapun, hospital itu terletak jauh di bandar dan yuran rawatannya menelan kos 4,000 USD (RM 16,350.80). Kerana rasa sedih dan rasa tertekan dengan penyakit yang dihidapi, ibu Mia memberitahu Mia bahawa dia menerima takdir dan lebih rela meninggal dunia kerana dia tidak mahu membebankan anaknya yang masih kecil.

Walau bagaimanapun, Mia memberitahu ibunya untuk tidak berasa bimbang kerana dia akan berusaha untuk mengumpul wang supaya ibunya boleh dirawat di hospital.

Berikutan masalah yang dihadapi, Mia berfikir cara untuk mendapatkan wang dengan lebih cepat. Jadi, Mia memutuskan bahawa matlamatnya untuk mengumpul wang yang banyak itu akan tercapai dengan segera sekiranya dia menjual epal-epalnya dengan harga yang lebih tinggi iaitu 9 USD (RM 36.90) sekilogram.

Jadi, dengan semangat yang baharu, Mia mula menjual epal di sebuah jalan di mana penduduk kampung menjual buah-buahan.

Kadang-kala, terdapat beberapa orang yang berhenti dan bertanyakan harga epalnya.

"Epal ini berharga 9 USD sekilogram," kata Mia kepada mereka.

Seperti yang dijangkakan, semua orang yang bertanya berasa terkejut mendengar harga epal yang terlalu mahal berbanding dengan harga penjual buah yang lain yang hanya meletakkan harga epal 1.50 USD (RM 6.13) sekilogram.

Gambar sekadar hiasan

Setelah menyaksikan situasi yang dihadapi oleh Mia, wanita tua yang menjual buah pear di sebelah Mia berkata: "Sayang, tidakkah kamu fikir epal yang kamu jual ini terlalu mahal harganya? Sukar untuk mendapatkan pelanggan jika kamu terus menjual epal ini dengan harga sebegitu, mereka akan pergi ke gerai lain yang lebih murah dan kamu tidak akan dapat menjual apa-apa."

"Saya tidak boleh menjual epal saya pada harga yang lebih rendah. Saya telah mengira segala-galanya, jika saya tidak menjual epal saya pada harga ini, saya tidak akan dapat wang yang cukup untuk menghantar ibu saya ke hospital," balas Mia.

Dalam masa 3 hari yang seterusnya, Mia masih belum dapat menjual walau sebiji epalpun dan dia mula berasa bimbang. Pada hari keempat, seorang lelaki tua berhenti di gerai Mia dan bertanyakan harga epal yang dijual.

"Berapakah harga epal ini, anak muda?" lelaki itu bertanya kepada Mia.

Gambar sekadar hiasan

Mia agak teragak-agak untuk memberitahu lelaki itu harga epal yang dijualnya kerana dia bimbang lelaki itu akan mendapati harga epalnya terlalu tinggi jika dibandingkan dengan penjual buah-buahan lain tetapi Mia tetap memberitahunya juga. "Epal ini berharga 9 USD sekilogram, tuan," katanya lembut.

"Oh, apakah jenis epal ini sehingga menyebabkan harganya begitu mahal?"

Lelaki tua itu kemudiannya membelek epal yang dijual oleh Mia untuk seketika dan seterusnya tersenyum pada Mia dan berkata, "Ini hanya epal biasa. Mengapa kamu menetapkan harga yang tinggi?"

"Saya minta maaf. Saya tidak boleh menjualnya pada harga yang lebih rendah daripada 9 USD. Saya telah mengira segalanya dan saya harus menjualnya pada harga itu," kata Mia dengan suara yang rendah. Harapannya seolah-olah sudah hancur apabila lelaki tua itu bertanya soalan sebegitu kepadanya.

"Menarik. Bagaimana kamu mengira harganya?" Tanya lelaki tua itu kepada Mia.

Mia kemudian memberitahu lelaki tua itu sebab harga epal itu dijual dengan harga yang tinggi. Semuanya demi ibunya yang sedang terlantar sakit.

Lelaki itu kemudian bertanya kepada wanita yang menjual buah pear di sebelah Mia, "Adakah benar apa yang dia katakan kepada saya?"

Gambar sekadar hiasan

Wanita tua yang tahu kisah Mia itu tidak dapat menahan air mata dan berkata: "Memang benar. Kanak-kanak ini mempunyai kehidupan yang malang dan dia hanya berusia sembilan tahun. Hanya dia sahaja yang mencari wang untuk keluarganya. Jika kamu tidak mahu membeli epalnya, biarkan dia bersendirian dan jangan memarahinya. Kasihanilah dia.

Kerana terkejut dengan kata-kata wanita tua itu, lelaki tua itu merenung Mia lama sebelum berkata: "Berapa banyak lagi epal yang ada di rumah kamu? Adakah kamu keberatan jika saya mahu melihatnya?"

Mia yang terkejut dengan permintaan lelaki itu segera bersetuju untuk membawa lelaki tersebut pergi ke rumahnya.

Apabila mereka berdua tiba di rumah Mia, lelaki itu melihat ibu Mia yang sedang berbaring di tempat tidur, ibu Mia kelihatan sangat sakit.

Lelaki itu kemudiannya menyedari bahawa Mia sememangnya tidak berbohong dan akhirnya dia memutuskan untuk membeli semua buah epal milik Mia dengan harga 9 USD sekilogram.

Gambar sekadar hiasan

"Sayangku, saya tahu epal kamu hanya bernilai 1.50 USD sekilogram tetapi ambillah lebihan harga itu sebagai ganjaran kerana kamu telah menjadi anak yang baik. Bawalah ibumu ke hospital dan jika kamu memerlukan pertolongan saya, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya," kata lelaki tua itu kepada Mia sambil menghulurkan kad namanya.

Dengan wang itu, Mia akhirnya dapat menghantar ibunya ke hospital. Syukurlah, penyakit ibunya boleh dirawat dan tahap kesihatan ibunya perlahan-lahan menjadi semakin baik.

Mia berasa sangat bersyukur dan sangat bahagia kerana ibunya semakin sihat. Bagi Mia, tiada ucapan terima kasih yang cukup dapat diberikan kepada lelaki tua yang telah membantunya itu. Dengan jasa lelaki itu, Mia berharap agar dia dapat membalas budi baik lelaki itu suatu hari nanti.

: Good Times

Kanak-kanak perempuan ini menjual epal dengan harga yang tinggi tetapi lelaki tua ini sanggup membeli semua epalnya setelah mengetahui kisah hidupnya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts