EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kanak-kanak maut, ibu dan kakak parah kereta bertembung treler

0 month ago, 12-May-2022

MACHANG Seorang kanak-kanak maut manakala ibu dan kakaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan kereta di Kilometer 54.1, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Nur Faqihah Nahdrah Noorfakrumuzi, 4, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah pada bahagian dalaman badannya.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang sedang dalam perjalanan menghantar kereta dari arah Kuala Krai ke Kota Bharu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu treler dipercayai menekan brek secara perlahan sehingga menyebabkan bahagian ekor treler menghentam bahagian kepala kenderaan berat itu.

Insiden tersebut menyebabkan pemandu treler gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Bezza dinaiki tiga beranak itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan kereta yang dipandu ibu mangsa, Siti Nadiah Mat Ghazi, 33, yang merupakan Penolong Pegawai Veterinar telah diheret ke sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Krai, katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohamad Rusli, ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dan telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat Machang.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat manakala ibu dan kakaknya yang berusia enam tahun turut dihantar ke Hospital Sultal Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, polis telah menahan pemandu treler itu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. KOSMO! ONLINE

Kanak-kanak maut, ibu dan kakak parah kereta bertembung treler first appeared on Wowberita.


SUMBER : wowberita.my



Live Website Traffic


loading...