www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kanak-kanak berusia 7 tahun ini berjaya meraih pendapatan sebanyak RM92 juta melalui rancangannya di YouTube

0 month ago, 05-Dec-2018


Media sosial bukan sahaja menjadi platform yang menghubungkan orang ramai di alam maya, bahkan boleh menjana pendapatan individu! Inilah yang berlaku pada kanak-kanak berusia 7 tahun bernama Ryan, di mana akaun YouTube miliknya digunakan untuk mengulas mengenai mainan baharu menerusi saluran Ryan ToysReview. Hasil daripada ulasan kanak-kanak tersebut berjaya menghasilkan pendapatan sebanyak $22 juta (RM90 juta) pada tahun lepas.Kredit:Ryan ToysReviewRancangan yang dikendalikan oleh Ryan berkenaan berjaya meraih tempat pertama daripada tangga ke-8 akaun YouTube yang menjana pendapatan tertinggi dalam senarai tahunan Forbes. Rancangan yang dihasilkan oleh keluarganya sendiri, berjaya meraih pendapatan kira-kira RM90 juta dalam satu tempoh (1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018), di mana jumlah tersebut naik lebih RM45 juta berbanding tahun sebelumnya.Kredit:Ryan ToysReviewKejayaan berkenaan sekaligus menjadikan Ryan ToysReview sebagai bintang komersial pada tahun ini bagi menggantikan Jake Paul sebanyak RM2 juta. Kredit:Ryan ToysReviewRancangan berkenaan dimulakan pada tahun 2015 dan tular ketika Ryan mengkaji sebuah kotak yang mengandungi ratusan mainan bersiri Cars yang diterbitkan oleh Disney, di mana ia berjaya mendapat tontonan melebihi 935 juta!Kredit:Ryan ToysReview/Youtube:Business Insider,Ryan ToysReview/Youtube 

Kanak-kanak berusia 7 tahun ini berjaya meraih pendapatan sebanyak RM92 juta melalui rancangannya di YouTube Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts