EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kampung Dinaiki Air Banjir, Faye Kusairi Bimbang Bapa Tinggal Seorang Diri

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa kebimbangan di hati apabila kampung halamannya yang bertempat di Miri Sarawak telah mula dinaiki air banjir.

Faye Kusairi : Google  

Ini berikutan hujan yang turun tanpa henti sejak malam tadi telah menyebabkan keadaan di kawasan kampungnya dinaiki air bah.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Daratiwan Adnil Awang Kusairi,34, walau bagaimanapun telah meluahkan kerisauan apabila bapanya yang kini tinggal seorang diri di kampung.

Advertisement

Dia turut berkongsikan beberapa keping foto keadaan kampungnya yang mula dinaiki air menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

“Hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan malam tadi air pasang besar dan hujan lebat tak berhenti di Miri. Rumah kami di Lutong terjejas dan bapa saya seorang diri di sana. Semoga hujan berhentilah. Susah hati memikirkan bapa seorang di sana dengan keadaan air banjir makin naik. Bertabah Yan. Memang benar-benar mencabar mental dan emosi saya waktu-waktu begini.”

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini turut bertambah runsing apabila dia tidak dapat pulang ke kampung berikutan tiada penerbangan yang ada pada ketika ini.

Faye turut dilihat berdoa agar hujan dapat berhenti dan air bah dapat surut serta keadaan kembali seperti sedia kala. Mengakui situasi sangat mencabar dan menganggu emosi kala ini, Faye sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang tinggal berdekatan Sungai Lutong serta di kawasan Miri agar sentiasa menjaga diri masing-masing ketika menghadapi banjir.

Kampung Dinaiki Air Banjir, Faye Kusairi Bimbang Bapa Tinggal Seorang Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...