EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kamal Chilok kemalangan, kritikal di hospital

0 month ago, 10-Oct-2019

ANGGOTA kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 2 petang tadi.

Perkara itu dikongsikan rakannya, Chiwan atau Mohd Azwan Sabri yang terkejut menerima berita itu dan dia sehingga kini masih berada di Hospital Putrajaya bagi menunggu keputusan selanjutnya daripada doktor.

"Apa yang saya boleh katakan, Kamal dalam keadaan koma. Kecederaannya teruk dan sekarang ini sedang menjalani pemindahan darah serta menunggu untuk dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

"Doktor beritahu pembedahan segera perlu dijalankan. Saya minta jasa baik semua untuk doakan Kamal supaya sedar semula dan sihat seperti sedia kala," katanya.

Kamal yang menjalankan perniagaan makanan patin tempoyak secara pembayaran tunai semasa (cash on delivery) terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesanan untuk pelanggan di Putrajaya.

"Saya kurang pasti bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi setakat yang tahu, keretanya berpusing sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Perlanggaran itu menyebabkan Kamal tercampak keluar dari kereta.

"Sebaik saja mendapat berita itu, saya terus bergegas ke hospital. Sebak tengok keadaan Kamal. Saya harap segala urusan serta rawatan berjalan lancar dan dia kembali sihat," katanya.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...