www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kalaupun PH Tertekan Dengan Isu, Janganlah Sampai Lempar Fitnah Zahida

0 month ago, 14-Jan-2019


KUALA LUMPUR, 14 Jan Kalaupun Pakatan Harapan (PH) tertekan dengan macam-macam isu yang makan diri mereka, tak perlulah sampai lempar fitnah kepada jentera-jentera Barisan Nasional (BN), tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Beliau berkata demikian berikutan penyebaran gambarnya dan jentera Puteri UMNO bersama Kaum Semai ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands disebar dalam Facebook pro-Pakatan Harapan.

Kapsyen dalam gambar memperlihatkan Puteri UMNO memberi rasuah ‘gula-gula’ kepada anak-anak Orang Asli.

Saya tersenyum saja bila ada kawan hantar print screen post berkenaan.

Saya percaya ini adalah tindak balas terdesak untuk alih perhatian rakyat selepas gambar-gambar jentera PH yang beri duit kepada masyarakat Orang Asli pada hari penamaan calon tempoh hari, katanya sebagai maklum balas terhadap penularan gambar tersebut.

Sebelum ini telah tular berkaitan gambar seorang wanita yang memakai baju PH memberikan wang kepada beberapa orang pemuda yang kononnya ia adalah bayaran untuk kos minyak petrol sukarelawan parti itu.

Berikutan itu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat agar siasatan diambil memandangkan ia adalah satu kesalahan mengikut akta pilihan raya.

Tambahan pula, calon BN sebelum ini Datuk C. Sivarajh telah dibatalkan kemenangannya ekoran kesalahan di bawah akta pilihan raya menganjurkan kenduri demi mendapatkan sokongan. – MediaUMNO




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts