EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kalau Saya Tersingkir Pun Sandra Luah Hasrat Terakhir Sebelum Kemalangan

0 month ago, 15-Sep-2020

Hasrat terakhir penyanyi dan bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne untuk melebarkan sayap ke Indonesia tidak tercapai.

Kata-kata terakhir Sandra itu didedahkan menerusi temubual bersama Gempak sehari sebelum insiden kemalangan berlaku.

Gempak juga memuat naik rakaman suara Sandra itu menerusi akaun Instagram.Allahyarham juga meluahkan hasrat untuk mengeluarkan album hasil daripada tulisan penuh karyanya sendiri.

Saya sebenarnya target saya dalam nyanyian ni saya nak bawa nama Malaysia ke luar negara. Target saya tahun depan saya nak ke Indonesia untuk kembangkan lagi karier saya.

Target saya juga untuk keluarkan satu album yang betul-betul tulisan saya sendiri karya saya sendiri. Doakan yang terbaiklah. Semoga semua berjalan lancar dengan karier saya selepas ini.

Kalau saya tersingkir pun sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang ingin dilakukan dan sesuatu untuk dijual dekat Malaysia ni, luahnya.

 

View this post on Instagram

 

#SandraDalamKenangan : min nak kongsi kat korang kali terakhir Arwah Sandra berkongsi tentang hasrat yang diinginkan dalam karier seninya sebelum arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semoga Arwah Sandra tenang di sana. Al-Fatihah. . . #SandraDalamKenangan #AstroGempak #BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #NormaBaharu #ASTROsoON #dudukrumahlayanastro #stayhomestaysafe #stayentertained

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Bagaimanapun, hasrat itu tidak sempat ditunaikan selepas Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention

Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 September kira-kira jam 1 pagi setelah enam hari bertarung nyawa akibat kemalangan. – Gempak.com


SUMBER : rotisusu.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...