www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kalau sayangkan mak, ambil mak dari rumah orang tua, rayu seorang ibu kepada anak-anaknya

0 month ago, 13-Feb-2019


"Anak, kalau sayangkan mak, ambil mak dari rumah orang tua. Mak tak nak duduk sini,"rayu seorang ibu berusia 67 tahun yang mahu anak-anaknya datang mengambilnya di pusat jagaan warga emas di Johor Bahru.

Menurut mStar, video berdurasi 31 saat itu dimuat naik oleh seorang usahawan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Sri. Video tersebut telah menarik perhatian ramai orang dan menjadi tular di Facebook.

Menerusi klip video itu, warga emas tersebut, Maimon Abdul Hamid merayu agar anak-anaknya sudi membawanya tinggal bersama.

"Harapan mak jangan lupa, ambillah mak dari rumah orang tua-tua, mak dah cukup menderita di sini. Kalau ada perikemanusiaan seorang anak," katanya dalam klip video tersebut.

Wanita yang merakamkan video berkenaan berharap Maimon dapat bersatu dengan anak-anaknya untuk menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama keluarganya.

"Saya cuma mahu penuhi impian Mak Cik Maimon bersatu semula dengan anak-anaknya. Saya juga bukan mahu jaga tepi kain orang lain, tetapi terpaksa ambil jalan tularkan video tersebut hanya semata-mata untuk membantunya," kata Sri pada mStar Online.

mStar

Sri dan rakan baiknya yang menetap di Johor Bahru sering melawat pusat jagaan yang menempatkan Maimon. Menurut Sri, Maimon dikatakan mempunyai tujuh orang anak hasil daripada tiga perkahwinannya.

Anak bongsu Maimon yang kini menetap di Batam, Indonesia berjaya dijejaki selepas video tersebut tular di Facebook.

"Anak lelakinya hidup susah di Batam, tetapi sanggup berhijrah ke Malaysia untuk menjaga ibunya. Tetapi, menghadapi masalah untuk mendapatkan permit pekerjaan. Jadi, jika sesiapa yang dapat membantu, dapatlah Mak Cik Maimon bersatu dengan anaknya," kata Sri.

:mStar, mstaronlineofficial/Instagram

 

“Kalau sayangkan mak, ambil mak dari rumah orang tua,” rayu seorang ibu kepada anak-anaknya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts