EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kalau Buah Dari Pokok Banyak Gugur, Kutip Dan Buat Baja. Ini Caranya, Tak Membazir

0 month ago, 11-Jun-2021

Kadang-kadang terasa sayang bila tengok buah dari pokok sama ada jambu, mangga, dan sebagainya jatuh berguguran terbiar begitu saja akibat terlalu lebat.

Daripada terbazir begitu sebenarnya buah yang berguguran ini boleh kita guna semula untuk dijadikan baja cecair yang baik untuk tanaman berbunga dan pokok buah.

Caranya dikongsi oleh Norahim Ibrahim.

DIY baja cecair dari buah-buahan

Hari ni saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.

Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian payah sikit sebab kulitnya terlampau keras.

Formula asas untuk hasilkan baja cecair dari buah;

1.Nisbah buah : gula merah = 1:1
Contohnya kalau ada 1kg buah, campurkan dengan 1kg gula merah.

2. Masukkan dalam bekas dan tutup.

3. Peram selama 3-4 minggu. Boleh tambah air jika mahu.

Cara penggunaan

  • Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.
  • Siram 3-4 kali seminggu pun tiada masalah.

Selamat mencuba

: Norahim Ibrahim

Kalau Buah Dari Pokok Banyak Gugur, Kutip Dan Buat Baja. Ini Caranya, Tak Membazir Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...