EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kalau Tak Nak Anak Menangis Sebab Gigi Berlubang, Biasakan Bawa Si Kecil Jumpa Dentist Walaupun Giginya Baru Tumbuh 2 Batang!

34 month ago, 09-Oct-2017

Bila si kecil menangis kesakitan sebab giginya sudah berlubang memang susah hati dibuatnya. Nak bawa jumpa doktor gigi, anak akan meronta-ronta menangis sebab takut kerana tak biasa.

Akibat terlalu banyak makan dan minum manis, ramai kanak-kanak mengalami sakit gigi di awal usia lagi. Lebih malang kerana si kecil tidak pernah dibawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan rutin. Bila dah sakit baru nak bawa jumpa doktor gigi, makin susah untuk dirawat sebab anak ketakutan dan kesakitan.

Sebagai doktor gigi, Dr. Iqbal Rosali mengingatkan ibu ayah supaya tahu kepentingan membawa anak seawal usia enam bulan (dah tumbuh gigi 2 batang) berjumpa doktor gigi. Tak semestinya gigi dah rosak baru nak bawa ke klinik gigi tapi biasakan mereka berjumpa doktor gigi seawal usia lagi supaya bila ada masalah gigi tidaklah mereka meraung ketakutan!

Yeay anak dah tumbuh gigi!

Baby baru tumbuh gigi dua batang kat gusi bawah. Mesti mummy dan daddy semua excited kan? Excited, excited juga. Mummy dan daddy bolehlah bersedia untuk bawa baby mendapatkan pemeriksaan gigi.

Ramai yang tanya bila nak bawa anak check gigi. Jawapannya mudah. Bila-bila masa apabila anak sudah mula tumbuh gigi. Tak kiralah baru dua batang ke, nak tunggu cukup setahun ke. Terpulang. Tapi kalau lagi awal lagi bagus. 6 bulan pun boleh! Sementara gigi-giginya belum rosak.

Masa inilah mummy dan daddy nak ambil ilmu dengan doktor gigi atau jururawat pergigian tentang penjagaan gigi anak masing-masing supaya tak merana di kemudian hari bila anak merengek tengah malam sebab sakit gigi.

Sediakan soalan jika ada. Tanyalah tentang anak yang suka hisap jari, yang bergantung dengan puting/pacifier, sakit dan demam semasa gigi nak tumbuh, baby mengetap bibir atau masalah-masalah lain.

Janganlah ke klinik gigi semata-mata nak isi buku baby je. Dengar dan faham apa nasihat doktor gigi tu. Tak perlu tergesa-gesa nak pulang anak menangis sebagainya. Ambil masa.

Anak menangis tak nak kena periksa. Tak nak buka mulut. Ha macam mana?

Ya mummy daddy. Normal lah tu. Baby lagi kan. Masa nilah peranan mummy daddy. Janganlah biarkan doktor gigi terpontang-panting memujuk baby. Ingat, kita dalam satu pasukam yang sama! Doktor gigi dan mummy daddy mahu yang terbaik untuk gigi anak kan.

Mummy daddy boleh tolong sekali. Duduk sekali dengan anak. Mummy daddy duduk dulu kemudian pangku atau ribakan anak. Sama-sama pujuk dan minta anak beri kerjasama. Jangan marah-marah. Pujuk baik-baik. InsyaAllah kalau dah selalu buat, bukan gigi saja terjaga, malah anak ini pun pada masa akan datang mungkin tak takut pun nak jumpa doktor gigi.

Yang jadi masalahnya, datang cuma bila anak sakit gigi. Dahla sakit, dipaksa buka mulut dan dicabut giginya. Memanglah trauma anak itu.

Sebelum datang, bersihkan dulu mulut si kecil. Pastikan baby sudah siap menyusu atau kalau yang dah boleh makan, bagi makan dulu. Tidaklah nanti anak merengek minta itu ini sementara menunggu giliran.

Kalau ada jajan atau snek, simpan dulu. Takkan nak check gigi dengan mulut kotor-kotor kan. Jadikan itu sebagai reward bila anak bagi kerjasama semasa pemeriksaan. Tapi ingat, tidak perlu berlebihan dan bersihkan mulut selepas snek.

Mummy daddy tak perlu stress untuk atur pertemuan dengan doktor gigi. Lawatan ke klinik gigi tidak sepatutnya membebankan. Jadikan lawatan ke klinik gigi sebagai aktiviti keluarga. Mummy daddy jadi role model. Baby dah check, mummy daddy check lah juga kan? Takkan paksa baby check gigi, mummy daddy pula yang takut, kan? Hehehe.

: Iqbal Rosali

 

Layari laman web


SUMBER : majalahpama.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...