EdisiViral.Com Search Guest Post Login

'Kalau menang UCL pun saya tak cuti'

1 month ago, 13-Jun-2019

PEP Guardiola menafikan dakwaan mahu berehat panjang daripada bolasepak.

Menurut laporan, pengurus Manchester City itu mahu berehat lama andai membawa skuadnya meraih gelaran Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Guardiola yang pernah melanjutkan cutinya sebelum ini, berehat selama setahun selepas meninggalkan Barcelona sebelum mengambil alih Bayern Munich pada 2013.

Dengan kontrak berbaki dua tahun lagi di Stadium Etihad, pengurus berusia 48 tahun itu menegaskan perkara itu tidak berada dalam fikirannya.

Bercakap kepada media selepas menyertai acara golf di Sepanyol, Guardiola berkata: "Tidak. Saya tidak akan cuti rehat panjang. Saya muda dan saya ada keinginan.

"Berita itu tiba-tiba muncul dan banyak mengenainya tidak betul. Jika mereka tidak memecat saya, saya akan terus berada di sana."

Guardiola turut menafikan spekulasi mengaitkannya dengan Juventus, bulan lalu.

City memenangi gelaran treble musim lalu dengan menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Carabao.

Cabaran besar mereka selepas ini adalah mencari kejuaraan UCL selepas tewas pada suku akhir sejak dua tahun lalu.

Guardiola berkata: "Kami semua mahu menang UCL kerana ia adalah perkara paling indah.

Paling penting ialah mencuba sekali lagi dan kami akan terus melakukannya sekali lagi.

"Jika kami gagal, kami akan cuba lagi kerana perlu berada dalam saingan itu sehingga ke penghujung."


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com