EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kalau Ada Lebihan Nasi Sejuk, Kita Guna Buat Keropok Nasi Macam Keropok Mony

0 month ago, 20-Nov-2020

Selalu bila ada lebihan nasi kita akan goreng. Tapi selain daripada menu itu ada lagi yang kita boleh olah guna nasi sejuk.

Antaranya buat keropok nasi, macam keropok Mony yang kita makan dulu-dulu.Cara membuatnya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Eina Izzara.

Cara buat keropok nasi

Bahan-bahan:

Nasi sejuk- rendam 1 jam dan tos
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Tepung ubi
Pewarna ikut cita rasa

Cara membuat:

1. Nasi sejuk yang ditos tadi kisar kering.Tumbuk/ kisar bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis (kuantiti ikut nasi sejuk contohnya; 1 mangkuk nasi, 3 biji bawang putih, 1 sudu teh ketumbar, ikan bilis secukupnya).

2. Gaul semua bahan tumbuk ke dalam nasi tadi. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka.

3. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tadi, uli sampai doh tak lekat di tangan. Kemudian bentuk doh bulat memanjang.

4. Dah siap bentuk doh, panaskan air dalam periuk dan rebus doh tadi. Bila timbul boleh angkat dan tos. Sejukkan.

5. Ambil pewarna dan bancuh dengan sedikit air dan sapu pada doh keropok tadi.Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya senang dipotong.

6. Potong nipis letak atas dulang dan jemur. Kalau panas sehari dah kering.

Inilah keropok nasi yang dah kering. Boleh terus goreng atau simpan.

Selamat mencuba

:Eina Izzara

Kalau Ada Lebihan Nasi Sejuk, Kita Guna Buat Keropok Nasi Macam Keropok Mony Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...