EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kalau Nak Kurus Ini Tips & 21 Senarai Barang Dapur Yang Wajib Korang Tukar Hari Ini Jugak!

0 month ago, 08-Jun-2021

Nak kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya ramai yang ingin memiliki berat badan idaman serta sihat. Namun ianya memerlukan pengorbanan dan semangat yang luar biasa.

Bagi anda yang sedang berjuang atau pun yang baru ingin memulainya, ini ada beberapa senarai barang dapur yang anda boleh jadikan rujukan. Info penting ini telah dikongsikan oleh Adyla Rose di laman facebook. Semoga ianya bermanfaat untuk anda!

Ini senarai penting untuk anda yang ingin kurus!

  1. First sekali kalau korang nk shopping barang dapur, yang kena korang buat ialah, rancang dulu meal plan untuk 1 minggu, kemudian senaraikan barang2 yang akan dibeli. Rancang menu yang pelbagai, supaya diet korang bukan diet yang membosankan & bertukar menjadi diet ke laut.
  2. Pilih Real Food.
    Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin.
  3. Elakkan pilih makanan :
    yang lebih daripada 5 ingredients
    yang mengandungi artificial ingredients
    ingredients yang korang sendiri tak tahu sebut ( pronounce).
  4. Baca Nutrition Facts (wajib)!!! Then bandingkan dengan yg lain
    Semak serving size & kalori
    Semak total fat, sodium & sugar
    Semak ingredients
    Semak allergen warning

1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.

Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya,
Extra virgin, virgin olive oil sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik)
Pure olive bakar & grill
Extra light- frying & baking
Olive Pomace Oil korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)

Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing2 ye. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jgn panaskan melebihi smoke point sbb Nanti kualiti @ nutrient tu merosot.

Dalam diet sihat,if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je @ stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, xlebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam. Jgn lebih dari smoke point. Kawal suhu. Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.

2. Minyak untuk Stir Fry

Nak yg lebih murah boleh guna coconut oil.

3. Pilih Susu Fresh Milk

Yg jenis ni Skinny Milk comes with less fat tapi rasa tetap sedap. Ni antara susu kegemaran saya.

4. Susu Almond

Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal ! Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat! hehe

5. Green Tea

Green tea untuk meningkatkan metabolisma badan.

6. Essenso

If tak suka tea boleh cuba kopi ni, kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar.

7. Pakai Brand Kewpie

Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand kewpie. Korang pilih2 la, banyak lagi perisa yg lain. Limit 1 sudu je yeee dlm hidangan korang. xboleh lebih2. apa2 pun yg korang pilih check label dulu kayyy

8. Sos Nandos

Brand Nandos pun okay. Semua sauce2 ni korang jangan ambil berlebihan. Satu sudu jeeeeeee

9. Penyedap Rasa

Ha, yg ni untuk penyedap rasa dalam masakan korang

10. Chia Seed

Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je

11. Kekacang

Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.

12. Cuka Epal

Cara yg disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yg ni diminum pagi setiap hari 5min sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido. 1sudu cuka epal + 200ml air sejuk.

13. Pilih Rolled Oat

Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

14. Pilih Brown Rice/Parboiled Rice

15. Roti Wrap

Kalau boring makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains

16. Roti

Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55

17. Ayam Brand Tuna

If perlukan protein segera, Pilih tuna ( chunks in water)

18. Jem

Untuk jem, Pilih yang tiada campuran gula dan garam

19. Pelbagaikan Menu Karbohidrat

Pelbagaikan menu yg mengandungi karbohidrat contohnya keledek manis. keledek memainkan peranan baik dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan tapi mesti jaga portion Kay

20. Coklat

If teringin makan coklat boleh pilih yg kandungan cocoa 85% ke atas Korang jangan makan habis satu ni kay. 1 kotak kecil tu jeeeee

21. Ayam

Ayam pilih bahagian dada kerana dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. korang jangan lupa ambil ikan jugak k. Boleh pelbagaikan

Semoga berjaya!

Kredit : Adlyrose

Baca juga :Resepi Minuman Yang Mampu Kurangkan Berat Badan 3Kg Dalam 1 Minggu. Rasanya Juga Sedap, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!



SUMBER : dailymakan.com



Live Website Traffic


loading...