EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kalau Ada Jodoh, Saya Akan Cari Level Saya Dato Seri Vida

1 month ago, 28-Aug-2021

Tiada angin, tiada ribut, nama Datuk Seri Vida sekali lagi dikaitkan dengan bekas pembantunya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Khabarnya, mereka akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Advertisement

Walaubagaimanapun, khabar angin itu ditepis oleh usahawan wanita berkenaan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Katanya, keutamaan kini adalah pada keluarga dan anak-anak. Malah tertanya-tanya sekiranya ada lelaki yang mahukan dirinya yang sedikit lasak itu.

Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

dato seri vida

Pun begitu, Dato Seri Vida tidak menolak sekiranya jodoh datang mengetuk pintu hatinya. Namun sambil berseloroh, dia mengatakan mahu seseorang yang sama taraf dengannya.

Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course.

Yang penting bahagia kan Dato’?

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Kalau Ada Jodoh, Saya Akan Cari Level Saya Dato Seri Vida first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...