EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kalau Isteri Tak Bahagia Check Balik Diri- Fouziah Gous Ulas Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus

0 month ago, 09-Jun-2021

Memasak, mengemas rumah dan sebagainya, bagi anda ia adalah tanggungjawab siapa? Adakah tanggungjawab si suami atau si isteri?

Menerusi story Instagram Fouziah Gous, pelakon ini telah mengulas beberapa isu melalui video klip pendek milik penceramah terkenal mengenai tanggungjawab tersebut.

IKLAN

Lelaki jangan tunjuk ego sangat!

Menurut penceramah Ustaz Azhar tugas memasak, mengemas dan sebagainya adalah tanggungjawab suami. Manakala isteri pula hanya perlu memuaskan hati dan menyenangkan suami. Pada masa yang sama jika suami meminta isteri melakukan tugas tersebut maka mereka perlu memberi upah kepada isteri.

Foto @fouziahgou (Instagram)

Perempuan kalau hati bahagia lebih daripada wang dia buat tanpa di suruh. Kalau isteri tak bahagia check balik diri jangan duk ego sangat or tunjuk kuasa ye! , kongsi pelakon tersebut.

Melihatkan perkara ini Fouziah berkongsi bahawa jika isteri membantu dengan rela hati, para suami perlulah menjaga hati isteri mereka.Katanya lagi isteri menjadi lebih bahagia jika hatinya dijaga berbanding diberi wang.

Foto @fouziahgou (Instagram)

Selain itu, pelakon ini juga memberitahu jika isteri tunjukkan tanda tidak bahagia para suami perlu lihat semula diri sendiri dan jangan abaikan tanda-tanda tersebut jika mahukan rumah tangga bahagia.

Tak pernah berkira jika ikhlas

Fouziah juga berkongsi apabila wanita atau isteri melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, mengemas dan sebagainya mereka tidak pernah meminta upah dan ikhlas melakukannya.

Foto @fouziahgou (Instagram)

Saya pasti jarang perempuan nak tanda dalam bukukan! Itulah wanita bila ikhlas tak pernah nak mengira.

Tapi kalau hati tak bahagia, habis semua ada dalam otak walaupun tak tanda dalam buku, ujar Fouziah.

Malah pelakon ini juga berkata jika isteri tidak bahagia, semuanya tidak akan menjadi ikhlas dan akan mula menyimpan semua rasa yang tidak enak di dalam hati.

Untuk video lengkap ceramah Ustaz Azhar Idrus, boleh klik [DI SINI]

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...