EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Kalau tak boleh nak tahan nafsu, kahwin dulu, bukannya menghampiri zina' - Pasangan doktor dipenjara 7 hari, denda RM2,700 kerana berkhalwat

0 month ago, 15-Sep-2020


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman semalam menjatuhkan hukuman penjara satu minggu dan denda RM2,700 terhadap pasangan doktor atas kesalahan berkhalwat. 

Pasangan terbabit masing-masing berusia 27 dan 26 tahun turut berdepan dengan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut. 

Hakim Syarie Mohd Fakhruddin Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan berkenaan mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Sekysen 31(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu berkhalwat. 

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Mak Chili, Kemaman pada jam 12.30 tengah hari, 16 Mei 2020. 

Sebelum itu, Hakim sempat menegur perbuatan tidak bermoral pasangan berkenaan yang jelas sekali mencemarkan imej pegawai perubatan. 

"Kamu berdua bekerja dalam bidang perubatan, macam mana nak ubatkan orang sakit, soal hidup dan mati orang, kalau pegawai perubatan sendiri tidak tahu dosa pahala, tak ada imej kredibiliti dan integriti?

"Kalau rasa tak boleh nak tahan nafsu, kahwin dulu dna kalau wali tak izinkan atau tak dapat restu keluarga, mohonlah wali hakim di mahkamah untuk berkahwin. Bukan dengan menghampiri zina. 

"Saya berharap dengan hukuman yang diberikan ini bukan saja dapat memberi pengajaran kepada pasangan ini tetapi dapat memberi kegerunan kepada masyarakat lain supaya tidak menghampiri zina," katanya.

: Harian Metro


SUMBER : viralpurba.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...