EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kalau betul tidak ada masalah pun

0 month ago, 12-Jan-2020

BARU-BARU ini hangat diperkatakan mengenai status hubungan pelakon jelita, Eyka Farhana dan bintang bola sepak kebangsaan dan Johor Darul Tazim (JDT), Akhyar Rashid selepas foto mereka berlaga pipi tular.

kedua-duanya mengambil keputusan mengunci mulut mengenai sejauh mana hubungan antara mereka. Sekali gus, ia terus menjadi teka-teki mereka sebenarnya bercinta atau tidak.

Cik Pang sangat faham pasti ada sebabnya mereka berbuat demikian apalagi hal penularan itu pun bukan dipinta. Baik untuk menjaga reputasi atau hati mana-mana pihak, keputusan itu perlu dihormati.

Secara peribadi, Cik Pang sendiri teruja apabila mendapat tahu keakraban mereka. Jika benar memang bercinta, tidak keterlaluan rasanya untuk mengatakan mereka pasangan yang ideal.

Mana tidaknya, kedua-duanya masih muda dan menjadi ikutan kelompok masing-masing. Jika diikutkan, segala kejayaan dan pencapaian mereka mungkin boleh menjadi inspirasi di samping kisah percintaan, jika ada.

Bagaimanapun, Cik Pang sangat berharap kedua-duanya berusahalah jaga tata tertib termasuk tidak memuat naik foto mesra bersama yang boleh menimbulkan kecaman.

AKHYAR RASHID

Jika mahu sekali pun, boleh muat naik foto yang menyenangkan di mata semua pihak.

Buat mereka, aksi dalam foto itu mungkin cuma perkara kecil yang tidak perlu digembar-gemburkan. Lagipun, tentu sekali mereka saja tahu sejauh mana hubungan antara sesama mereka.

Cik Pang juga difahamkan foto itu diambil di sebuah destinasi percutian popular di luar negara. Ketika itu, mereka bersama beberapa rakan lain berkunjung ke sana pada minggu ketiga Disember lalu.

Apabila dengar bersama kawan, sejuklah hati sedikit memikirkan aksi berkenaan mungkin berlaku spontan tanda kemesraan biasa semata-mata. Namun, jika benar ada bibit cinta, rasanya Eyka dan Akhyar boleh saja buat pengakuan.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...