EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kalau Baru Nak Belajar Masak Asam Pedas Boleh Ikut Cara Ini. Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa

0 month ago, 14-Sep-2020

 

Asam pedas antara lauk yang jadi kegemaran ramai tapi ramai juga yang masih belum tahu cara memasaknya. Ada juga yang dah cuba tapi tak menjadi.

Jadi kalau korang antara yang baru nak belajar memasak asam pedas boleh ikut resipi perkongsian Lin Zalika ini.

Cara buat asam pedas tapi stail Johor. Caranya memang simple, hanya guna bahan asas, tak banyak rencah tapi sedap cukup rasa.

Asam pedas biasa tapi terasa, tak guna banyak rencah

Ada yang nak belajar buat asam pedas.
Tak menggunakan daun kesum dan serai
Asam pedas biasa tapi terasa. Tak banyak guna rencah.
Kita belajar buat mulakan dengan bahan asas dulu

Bahan-bahan

5cm halia
2cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4,5 ulas bawang merah
*Kisar semua bahan di atas
2 1/2 senduk cili kering
5-6 ekor ikan
2 keping asam keping atau asam jawa
1 cawan minyak masak
700ml air
Penggunaan halba bergantung jenis ikan seperti kalau guna ikan mayong, duri, pari, patin, sembilang

Cara membuat:

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.

2. Masuk lada kering, tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.

3. Masukkan air dan garam, lebih kurang 2 sudu kecil serta bahan perasa.

4. Tunggu kuah mendidih, barulah masuk ikan dan asam. Biar 3 minit kemudian tutup api. Siap.

TIP

  • Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama.
  • Resipi ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak.
  • Kalau masak asam pedas johor, sekiranya dah guna daum kesum tak perlu tambah bungga kantan nanti bau jadi bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas Johor.
  • Penggunaan daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bungga kantan ikut cita rasa masing-masing atau ikut padaikan daging ayam dan telur ikan.

Lin Zalikha

Artikel berkait

Cara Masak Kari Tanpa Santan, Tetap Pekat & Rasa Lemak

Step By Step Lengkap Masak Rendang Ayam. Confirm Menjadi & Sedap

 

Kalau Baru Nak Belajar Masak Asam Pedas Boleh Ikut Cara Ini. Tak Guna Banyak Rencah Tapi Sedap Cukup Rasa Vanilla Kismis.


SUMBER : vanillakismis.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...