EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Muka Kakak Aktres Kangana Ranaut Rosak Teruk Disimbah Asid

0 month ago, 13-Sep-2020

Jika anda mengikuti skandal mendiang Sushant Singh Rajput yang mengambil nyawa beberapa bulan lalu akibat tekanan jiwa, nama aktres Kangana Ranaut turut terpalit di situ.

Hal ini selepas Kangana dilihat satu-satunya pelakon yang lantang bersuara tentangkontroversi nepotism di Bollywood yang dilaporkan ada kena mengena dengan kematian aktor tersebut.

Kangana Ranaut, nama yang terkenal dalam industri Bollywood, patut dijadikan role model untuk semua wanita kerana keberanian.Peminat menyukainya kerana dia tidak filter dalam memberi komen, dia mengatakan kebenaran dan langsung tidak takut bila dikritik.

Foto -The Federal

Mungkin kekuatan yang ada dalam diri aktres 30-an ini terbit berikutan pengalaman keluarga sendiri yang tidak mungkin dilupai. Untuk pengetahuan anda, kakak Kangana Ranaut merupakan mangsa serangan asid di India.Kejadian malang itu terjadi pada tahun 2006.

Lamaran Ditolak, Lelaki Serang Dengan Asid

Kakak kepada Kangana Ranaut, Rangoli Chandel, merupakan mangsa serangan asid berkongsi kisah di media sosial mengenai serangan yang mengerikan itu.

Rangoli mengatakan bahawa dia harus menjalani 54 pembedahan selepas disimbah satu liter asid. Avinash Sharma, kekasih kepada Rangoli menyuruh kawannya Prem Singh melakukan jenayah tersebut untuk membalas dendam selepas lamaran ditolak.

Foto Arkib Wanista

Pada 6 Oktober 2006, Singh yang berpakaian sebagai ejen kurier pergi ke rumah Rangoli dan menyimbah asid menyebabkan dia mengalami luka teruk di wajah dan bahagian badan yang lain.

Ramai orang merasa kesian kerana fizikal saya rosak teruk. Walaupun menjalani 54 pembedahan lebih dari 5 tahun, doktor tidak dapat membina semula telinga saya. Saya kehilangan satu mata, payudara rosak dan mengalami banyak komplikasi lain, hampir 90% terbakar, jelasnya.

Kangana dan keluarga adalah tunjang utama untuk dia terus cekal dan bersemangat meneruskan hidup. Jika tiada mereka, dia mungkin tidak mampu nak berdepan dengan kisah hitam ini. Apatah lagi nama Kangana turut mendapat tempias daripada tragedi malang yang menimpa.

Fakta Jenayah Simbahan Asid

Asid bersifat masam dan menghakis.Penggunaan asid ini mampu melarutkan banyak benda seperti logam, kapur, besi, magnesium dan zink selain berupaya menukarkan warna sesetengah tumbuhan.

Sifatnya yang menghakis juga boleh mendatangkan kecederaan seperti melecur dan buta sekiranya terkena pada bahagian muka dan tubuh badan.

Foto Hindustan Times

Jadi, tidak hairan sesetengah pihak menggunakan asid sebagai salah satu cara untuk membalas dendam dan melepaskan geram kepada seseorang. Jenis asid yang paling kerap digunakan adalah serangan asid jenis sulfurik dan nitrik.

Apabila seseorang terkena asid sebegini, mereka akan mengalami kesan jangka panjang termasuk buta, rosak muka dan tubuh serta masalah psikologi yang berpanjangan.

Walapun tragedi yang berlaku lebih dari 10 tahun tapi ia masih kekal di ingatan. Betullah pengalaman mengajar diri kita untuk jadi kuat dalam meneruskan kehidupan. No wonder, Kangana Ranaut sangat lantang.

RUJUKAN :1,2,3,4


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...