EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kajian Standard Digital Pendidik

0 month ago, 05-May-2021

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 1/2019 pada 19 November 2019 telah memutuskan agar instrumen Penarafan Pembestarian Sekolah melalui Smart School Qualification Standards dapat dikemaskini supaya selaras dengan inisiatif Pendidikan Digital KPM.

Instrumen tersebut dalam proses pembinaan dan KPM memerlukan data asas (Baseline Data) untuk memantapkan instrumen tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu Kajian Standard Digital Pendidik akan dijalankan pada 3 hingga 22 Mei 2021 yang akan melibatkan 2 orang guru bagi setiap sekolah.

Kajian ini akan dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/2PppESE. Guru mesti menggunakan akaun gmail DELIMa: @moe-dl.edu.my untuk menjawab soal selidik ini bagi memastikan keselamatan data.

Untuk makluman tuan, Sektor Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri adalah urus setia kajian ini di peringkat negeri. Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, mohon hubungi pegawai kami, Cik Syarifah Noor Aslah binti Syed Omar di talian 03-20818183 atau syarifah@moe.gov.my

Kerjasama dan perhatian tuan dalam menjayakan kajian ini didahului ucapan terima kasih.

Tutorial bagaimana hendak mengisi boleh rujuk di Youtube di bawah



SUMBER : btpnsel.edu.my



Live Website Traffic


loading...