EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kajian sarankan bayi tidur dengan posisi terlentang dan bukannya meniarap atau mengiring

0 month ago, 13-Feb-2020

Kelahiran bayi yang baru lahir dalam sesebuah keluarga pastinya menjadi suatu titik kebahagiaan yang tidak terhingga buat seluruh ahli keluarga.

Bagaimanapun, masih ramai lagi bakal ibu bapa mahupun ibu bapa yang masih kurang pengetahuan tentang posisi tidur yang sesuai dan dicadangkan untuk bayi.

Gambar hiasan/Unsplash

Menurut laman rasmi MyHEALTH kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia, kajian daripada Akademi Pediatrik Amerika mencadangkan bahawa posisi tidur yang paling sihat bagi bayi adalah posisi tidur terlentang dan bukannya meniarap atau mengiring seperti yang lazimnya dilakukan.

Sejak posisi tidur terlentang dicadangkan mulai tahun 1992, statistik menunjukkan bahawa kes kematian bayi secara mengejut telah berkurangan sebanyak 50%.

Gambar hiasan/Unsplash

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa posisi tidur terlentang ini hanya boleh dilakukan untuk bayi normal sahaja.

Dan tidak digalakkan untuk bayi istimewa yang mempunyai kecacatan di bahagian kepala atau mempunyai saiz lidah yang besar kerana posisi tidur terlentang berpotensi untuk menyekat saluran pernafasan bayi berkenaan.

@HausofHilton/Twitter

Selain dari posisi tidur yang paling sihat untuk bayi, keadaan tempat tidur bayi juga perlu diberi perhatian supaya bayi kekal selamat dan risiko kecelakaan dapat direndahkan.

Antara cadangan tempat tidur bayi yang sesuai yang diutarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah seperti:

  • Gunakan tilam yang padat dengan fabrik permukaan tilam yang kemas dan tidak longgar
  • Elakkan penggunaan bantal, pelapik tilam, selimut dan patung permainan yang bersaiz kecil di katil bayi
  • Gunakan katil bayi dengan penghadang yang kukuh dan selamat
  • Jika mahu menggunakan selimut, gunakan selimut yang nipis sehingga ke paras dada bayi sahaja
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila bayi sedang tidur
  • Jangan gunakan tilam air, sofa, tilam yang lembut atau mana-mana permukaan yang lembut
  • Pastikan suhu bilik sesuai dengan jenis pakaian
  • Sediakan satu katil yang sesuai untuk bayi dan elakkan berkongsi katil yang sama dengan ibu bapa (bilik yang sama, tetapi katil yang berlainan)
  • Jauhkan katil bayi dari dinding dan perabot untuk mengurangkan risiko bayi tersepit

Seorang pengguna Twitter, @HausofHilton, yang dipercayai merupakan seorang doktor juga ada berkongsi berkaitan perihal ini bagi meningkatkan kesedaran orang ramai yang mempunyai bayi atau yang bakal mempunyai bayi.

Posisi tidur bayi yang betul .

Posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.

Ia boleh menyebabkan Sudden Infant Death Syndrome ataupun Kematian Kot. Satu punca kematian utama yang tidak dapat dijelaskan antara bayi berumur 1 tahun ke bawah pic.twitter.com/lAiRZluhoX

Nimelesh (@HausofHilton) February 8, 2020

@HausofHilton/Twitter

Bagaimanapun, berdasarkan komen dari kiriman yang sama, beberapa orang warganet turut berkongsi pengalaman peribadi masing-masing dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

@HausofHilton/Twitter

@HausofHilton/Twitter

@HausofHilton/Twitter

Disamping semua cadangan panduan yang dinyatakan, adalah penting juga untuk mengelakkan bayi berada dalam satu ruang yang sama dengan perokok kerana asap rokok yang berbahaya boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar.

Kajian sarankan bayi tidur dengan posisi terlentang dan bukannya meniarap atau mengiring Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...