EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kahwln Lelaki Muda Beza 26 Tahun- Akhirnya Rosnah Mat Aris Ded4h Perangal Suami Yg Dia Tak Sangka

0 month ago, 12-May-2022

Petaling Jaya: Pelakon Rosnah Mat Aris, 67, menganggap jodohnya dengan suami, Tajul Efendie Isa, 41, atau mesra disapa Blue yang 26 lebih muda adalah hadiah daripada Allah untuk memberi kebahagiaan kepadanya.

Rosnah berkata sebelum dipertemukan jodoh dengan suaminya yang disifatkan lebih matang daripada usia itu, dia pernah hidup menjanda selama 13 tahun berikutan kegagalan dalam rumah tangga.

Perkahwinan saya bersama suami adalah hadiah daripada Allah. Saya tak cari pun dan tak pernah terfikir nak kahwin dengan dia masa itu. Tapi, Allah nak bagi hadiah jodoh untuk saya.

Di antara saya dan suami, perbezaan usia kami amat ketara iaitu 26 tahun. Tapi, alhamdulillah kini sudah 14 tahun kami hidup bersama dan tidak pernah juga bergaduh besar selama ini,

katanya ditemui media pada majlis pratonton filem 3 Janda Mel.awan Dunia, di sini, semalam.

Ditanya juga apakah tip kerukunan rumah tangga diamalkan, Rosnah berkata dia berpegang kepada tiga perkara utama yang sering diingatkan oleh suaminya iaitu jujur, ikhlas dan amanah dalam rumah tangga.

Alhamdulillah, rezeki saya bertemu jodoh dengan lelaki muda tetapi lebih matang pemikiran daripada usianya.

Dia (suami) juga hormatkan saya dan berjaya mengubah diri saya 360 darjah dari seorang yang kasar dan bising kepada wanita lebih sopan, menjaga bahasa dan lembut sekarang.

Saya amat bersyukur pada usia begini, Allah pertemukan jodoh dengan suami yang boleh menjaga saya dengan baik. Allah bagi saya happy kerana kami berdua juga mempunyai

banyak minat bersama seperti suka memancing, berjalan-jalan serta masuk ke hutan, katanya.

Mengulas dirinya yang dikata sorok suami, Rosnah berkata suaminya yang tidak gemar show off atau menunjukkan diri. Katanya, ini kerana Tajul lebih selesa menjalani kehidupan

normal tanpa dianggap menumpang glamor atau populariti isteri sebagai selebriti.

Bagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga Rosnah tidak terlepas daripada kata-kata kurang enak termasuk dakwaan menggunakan si.hir bagi mengawal suami muda.

Katanya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sy.irik itu selain berdoa, meminta kepada Allah.

Saya tak guna sihir. Saya banyak berdoa kepada Allah agar diberikan suami yang boleh menjaga dan membimbing saya. Alhamdulillah, Allah nak beri jodoh terbaik dan saya terima, katanya.

Rosnah yang berjaya menempa nama dalam bidang lakonan sejak tahun 1980-an, cukup dikenali dengan watak Mak Limah dalam drama komedi bersiri, Rumah Kedai di TV3 dan sitkom Trio Santan Berlada di RTM.

: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kahwln Lelaki Muda Beza 26 Tahun- Akhirnya Rosnah Mat Aris Ded4h Perangal Suami Yg Dia Tak Sangka MY News.



SUMBER : news78post.com



Live Website Traffic


loading...